Cloud Storage adalah media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan data/maklumat di server virtual yang tersedia yang sangat memberi manfaat kepada pengguna. Penggunaannya adalah sangat efektif dan efesyen  dalam menyelesaikan masalah storan fizikal hardware dan penyimpanan data. Penggunaan cloud storage secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian perkakasan (hardware) untuk storan disamping mengurangkan masalah bebanan server dan sumber manusia.

Semakin banyak data/maklumat yang digunakan, semakin banyak ruang yang diperlukan. Lazimnya, semua data/maklumat akan disimpan di hard drives, CD atau flash disk, thumb drive, external drive atau server hosting yang disewa. Kini, seiring perkembangan teknologi terkini, penggunaan Cloud Storage semakin mula digunapakai.

 

Antara Cloud Storage yang boleh digunakan dengan kapasiti secara percuma dan boleh diupgrade dengan pembayaran secara bulanan seperti:

  • Google Drive
  • MyPcBackup
  • Zipcloud
  • Dropbox
  • SugarSync

Kelebihan Cloud Storage

  • Dapat menyimpan data/maklumat dan mengambil data/maklumat bila-bila masa diperlukan selagi ada talian internet.
  • Tidak perlu membawa storan fizikal seperti external hard disk, thumb drive dan sebagainya.
  • Dapat berkongsi data/maklumat dengan pengguna lain dengan mudah.
  • Memelihara keselamatan data/maklumat

Apa pun, anda perlu mengambil langkah meningkatkan ciri-ciri keselamatan data maklumat anda apabila menggunakannya.

Tips keselamatan penggunaan Cloud Storage

  • Gunakan kata laluan yang sesuai dengan ciri-ciri keselamatan.
  • Buat salinan/backup secara berkala di storan lain seperti hard disk dan external storage.
  • Pilih data yang dimuat naik.
  • Jangan muat naik data peribadi terutamanya gambar-gambar yang tidak sesuai didedahkan kepada umum.
  • Faham terma dan syarat Cloud Storage yang dipilih dengan betul.

Kesimpulannya, dengan adanya Cloud Storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal dan cukup memudahkan penggunanya.