IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam sesuatu peranti untuk berkomunikasi serta menjadi pengenalan diri apabila dihubungkan dengan penggunaan internet. Setiap peranti mempunyai nombor-nombor yang berbeza dengan yang lain.

Kesemua peranti seperti komputer, komputer riba, tablett, mesin pencetak, mesin faks internet, dan telefon bimbit mempunyai alamat IP unik termasuk apa sahaja peranti atau alatan lain yang menggunakan jaringan internet.

 

Terdapat 2 Jenis IP Address iaitu IPV4 dan IPV6 yang berbeza

1. IPv4

IPv4 adalah paling umum digunakan dan menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang terdiri dari 4 kelompok angka dengan setiap kelompok berisi 1 hingga 3 angka serta dipisahkan dengan titik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).

Contoh: 127.0.0.1

Contoh versi IPv4: 172.217.10.14 yang dimiliki Google.

IPV4 memiliki rentang antara 0.0.0.0 hingga 255.255.255.255, jika dihitung ianya mampu menampung 4.3 juta alamat unik

2. IPV6
IPV6 dikembangkan berikutan kepesatan penggunaan internet yang memungkinkan alamat IPV4 akan kehabisan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), terdiri dari 8 kelompok gandingan angka dan huruf dengan setiap kelompoknya dipisah dengan dua titik bertindan.

Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334

Bilangan angka dan huruf tersebut membuat IPV6 dapat menampung alamat IP di seluruh dunia dalam waktu masa yang lama. Meskipun begitu, versi ini belum banykan digunakan secara meluas.

 

Jenis IP Address

1. Private IP
Private IP (IP Umum) menghubungkan setiap peranti ke jaringan internet dengan memiliki alamat IP peribadi, termasuk PC, smartphone, speaker bluetooth, printer, dan Smart TV.

2. Public IP
Public IP adalah alamat yang digunakan di luar jaringan internet untuk mengenali jaringan yang digunakan oleh sesebuah peranti. Ianya didapati melalui provider internet atau ISP (Internet Service Provider) yang digunakan.

Public IP terbahagi kepada dua bentuk kategori iaitu Dinamik dan Statik. Alamat IP Publik yang Dinamik berubah secara automatik dan berkala. ISP membeli sejumlah besar alamat IP dan menetapkannya secara automatik kepada pelanggan mereka. Manakala, secara berkala, ianya ditetap dan dimasukkan kembali alamat IP lama ke dalam kumpulan untuk digunakan pelanggan lain.

Alamat Statik pula adalah bersifat konsisten, bermaksud setelah jaringan menetapkan alamat IP, alamat akan tetap sama walaupun berpindah lokasi.

3. Shared IP
Shared IP biasanya terdapat pada server shared hosting. Semua penggunanya berbagi seluruh sumber daya server tersebut, termasuk IP address-nya.

4. Dedicated IP
Jika shared IP dipakai bersama-sama oleh semua pengguna pada suatu server, dedicated IP hanya digunakan oleh satu domain.

Meskipun jenis IP address ini umumnya ditawarkan pada server dedicated hosting dan cloud VPS hosting, beberapa penyedia layanan web hosting membenarkan pelanggannya untuk menggunakan dedicated IP pada server shared hosting.