Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi satu keperluan sejak PdPR diperkenalkan dan pastinya setiap anak-anak akan mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti untuk proses pembelajaran. Lumrah bagi kanak-kanak yang pasti akan memuat turun aplikasi permainan untuk bermain bersama rakan sebaya.

 

Antara risiko yang akan dihadapi ibu bapa antaranya ada pembelian In-app purchase dalam peranti anak-anak. Sebagai langkah berjaga-jaga, disyorkan ibu bapa membuat sekatan pembelian dalam aplikasi para peranti yang digunakan anak-anak.

Berikut merupakan cara menyekat pembelian di dalam aplikasi daripada anak-anak di Android dan iOS.

Cara sekat pembelian dalam aplikasi di Android
  1. Pergi Google Play Store dan tekan ikon akaun dan pilih Setting.
  2. Tekan Authentication, klik Require authentication for purchases dan pilih For all purchases through Google Play on this device.
  3. Pada bahagian Authentication, aktifkan Biometric authentication untuk pengesahan imbasan wajah atau cap jari sebelum pembelian di dalam aplikasi. Sekiranya ada tindakan yang dibuat, setiap transaksi yang dilakukan memerlukan imbasan cap jari atau muka yang terjamin untuk pemantauan. Tiada pembelian yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya
Cara Sekat Pembelian Dalam Aplikasi Di iOS

Fungsi Screentime yang diperkenalkan Apple bukan sahaja untuk mengawal tempoh penggunaan semata-mata malahan ia boleh menghalang sebarang pembelian tanpa izin di App Store.

  1. Pergi ke Setting dan klik pada Screen Time.
  2. Tekan “Content & Privacy Restriction” dan klik untuk aktifkan.
  3. Tekan “iTunes & App Store Purchases” dan tekan “In-app Purchase”.
  4. Klik “Don’t Allow”. Ini akan menyekat sebarang pembelian dalam aplikasi dengan serta merta.

Bagi memantau aktiviti anak-anak ketika menggunakan telefon pintar, guna aplikasi Google Family Link.

Design Team

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

Cloud Storage Selesaikan Masalah Storan

  Cloud Storage adalah media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan data/maklumat di server…

5 years ago

This website uses cookies.