WEBSITE ? DOMAIN ? HOSTING ?

Kami akan cuba menjelaskan dengan sebaik mungkin mengenai webhosting atau pengehosan web. Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website. Kita tidak boleh lari dari 3 kompenen asas berikut.

1) Website (Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya. Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

2) Nama Domain (Alamat)
Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM28+ setahun hinggalah ke RM150+ setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

3) Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya

Website = Rumah / Pejabat

Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat

Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat

Harap anda jelas dengan konsep asas di atas. Kini timbul pula persoalan, bagaimana saya ingin mendapatkan webhosting? Oh! Mudah sahaja, anda boleh mendapatkan webhosting dari penyedia-penyedia perkhidmatan webhosting ini di internet. Terdapat beribu-ribu penyedia perkhidmatan webhosting di internet, tempatan mahupun luar negara, layari internet-webshoting.com. Laman web bumiputera ini menyediakan customer support 24/7 jam tanpa henti & pelbagai tips & tutorial untuk anda!

sksatech

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

This website uses cookies.