Ini Trick Untuk Mencari Masa Yang Tepat Untuk Post Di Media Sosial

Dalam artikel kali ini, admin kongsikan antara trick-trick penting yang dapat membantu anda membuat post dengan engagement yang tinggi di media sosial.

Kenali siapa target anda

Berapa umur mereka? Di mana mereka tinggal? Bagaimana cara mereka bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi? Kerjaya? Apa cabaran dan masalah yang mereka hadapi? Apa platform media sosial yang mereka gunakan? Adakah mereka melayari melalui phone atau komputer? Ini adalah antara persoalan yang perlu dijawab untuk memberi idea tentang waktu yang terbaik untuk post di media sosial.

Gunakan content yang sama dan uji pada waktu yang berbeza

Untuk menjalankan sebuah eksperimen yang baik, anda perlu mengkaji tahap konsisten hasil yang didapati. Untuk tujuan update di media sosial, salah satu cara ujikaji yang boleh dicuba adalah untuk menggunakan post yang sama pada waktu yang berbeza-beza. Daripada hasil kajian yang dibuat ni, anda boleh mengenal pasti bilakah waktu post yang menerima banyak engagement daripada pembaca.

Pertimbangkan lokasi

Pastikan waktu anda post adalah berpandukan lokasi atau zon masa supaya bersesuaian dengan aktiviti harian pembaca. Sekiranya anda memiliki sebuah bisnes yang berperingkat global, anda boleh juga menghasilkan media sosial yang berbeza untuk setiap negara yang berbeza zon masa. Cara lain? Hasilkan content dengan fokus untuk mendapatkan engagement 24 jam.

Gunakan sistem post automatik

Boleh pening kepala memikirkan waktu untuk post, tapi lagi pening untuk menepati masa yang telah dipilih untuk update post dalam beberapa buah media sosial berbeza. Supaya anda tak terlewat atau terawal dalam menghasilkan post, anda boleh menggunakan sistem update media sosial automatik yang banyak ditawarkan. Kebanyakannya menawarkan pakej permulaan percuma. Untuk yang percuma, kebiasaannya terdapat had post dan media sosial yang dibenarkan.

Antara sistem yang anda boleh gunakan untuk update media sosial secara berjadual dan automatik:

1) Loomly

2) Hootsuite

3) Preppr

4) Sprout Social

5) Feedly

6) Tweetdeck

7) Sked Social

8) Post Planner

Dan banyak lagi!

Sentiasa celik mata dengan tingkahlaku pesaing

Perhatikan dan kaji bila waktu pesaing anda mendapat like, share, retweet, reaksi dan komen?

Uji lagi dan lagi

Uji kesemua masa yang telah dikesan. Kenalpasti sama ada anda mendapat banyak engagement pada waktu siang atau malam? Hujung minggu atau hari kerja?

Kekalkan waktu posting yang baik pada dashboard “publish” anda. Delete post yang tidak berkesan dan tambah lagi waktu lain untuk dieksperimen.

(ulang step ini beberapa kali untuk mengesan tahap konsisten)

Macam mana nak tahu waktu terbaik untuk post di FB?

Di dalam FB Page Insights, di bahagian Post Tab terdapat section yang dipanggil When Your Fans Online. Ini akan mendedahkan anda kepada bilangan pengguna yang online setiap hari, setiap jam pada minggu yang lalu.

Dengan adanya data ini, anda boleh menentukan masa untuk membuat post eksperimental. Lihat bila waktu dengan penggunaan FB yang tinggi dan anda boleh rancang berdasarkan masa-masa ini.

Bagaimana ingin tahu waktu terbaik untuk post di Instagram?

Sekiranya anda memiliki profile bisnes di Instagram, anda akan memiliki data yang sama seperti FB Insights di bahagian Instagram Insights. Lihat pada bahagian Audience untuk melihat hari dan masa followers aktif. Seperti FB, lakukan kajian beberapa kali untuk membuat post berdasarkan waktu yang terpapar.

Bagaimana mencari waktu terbaik untuk Tweet?

Walaupun Twitter tidak menawarkan kemudahan Insights seperti Instagram dan FB untuk melihat data, anda boleh menggunakan sistem yang ditawarkan Followermonk. Ada boleh sign up untuk mendapatkan akaun percuma dengan menggunakan Twitter. Analisa yang dapat dibuat adalah terhad kepada sehingga 1 juta followers.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam merancang waktu yang terbaik untuk membuat post di media sosial. Rajinkan diri untuk bereksperimen kerana apa yang ‘menjadi’ bagi perniagaan lain, tak semestinya efektif untuk anda. Lakukan kajian untuk brand anda sendiri untuk impak engagement yang maksima.

Selamat maju jaya!

 

Design Team

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

This website uses cookies.