Penting ke ada mobile app untuk perniagaan? Jawapannya adalah 100% penting!
Kenapa? Ini adalah sebab-sebabnya.
Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh eMarketer, jumlah sales yang terhasil melalui mobile app di seluruh dunia pada tahun 2017 sahaja mencecah 2.3 trillion dengan peningkatan sebanyak 23.2 peratus dari tahun sebelumnya. Untuk tahun yang akan datang, iaitu pada tahun 2021, jumlah sales melalui mobile e-commerce dianggarkan akan mencecah sehingga 3.5 trillion.
Untuk pengetahuan anda, aktiviti membeli-belah melalui aplikasi phone menunjukkan peningkatan sehingga sebanyak 54% dari tahun ke tahun.
Aplikasi mobil adalah umpama mimpi indah yang menjadi realiti buat sesiapa yang terlibat dalam dunia pemasaran. Melalui strategi kempen pemasaran yang efektif, anda dapat meningkatkan keuntungan perniagaan secara berlipat ganda.
Tanpa mobile app, anda perlu bergantung kepada nasib sekiranya pengguna akan melayari website anda. Macam mana mobile app boleh ubah segalanya? Dengan adanya mobile app, anda boleh menggunakan push notifications untuk menyampaikan info terbaru kepada pelanggan secara terus.
60% pelanggan lebih tertarik untuk membuka mesej yang diterima melalui push notification berbanding dengan emel (20%). Sebaik mesej diterima, 40% penerima push notification akan klik dan mengambil tindakan seterusnya berbanding emel yang hanya menerima respon dengan kebarangkalian serendah 5.4%.
Push notification akan membuatkan mesej yang anda sebarkan terpapar di skrin utama telefon pengguna. Bila mesej dibuka, pengguna akan dibawa terus ke dalam aplikasi dan memudahkan pengguna untuk mengambil langkah seterusnya.
Berdasarkan kajian, mobile app memiliki ‘average order value’ atau nilai purata tempahan yang jauh lebih tinggi berbanding website yang mobile friendly ataupun desktop.
Kenapa? Ini kerana pengalaman bershopping melalui mobile app yang dilalui oleh pengguna adalah jauh lebih memudahkan mereka. Apabila pelanggan dapat menikmati user experience yang positif, mereka akan meluangkan lebih banyak masa untuk melihat tawaran-tawaran yang ada di dalam aplikasi.
Kebolehan sistem eCommerce untuk menyesuaikan pengalaman dengan ciri-ciri pengguna seperti usia, jantina atau lokasi dapat melipatkan gandakan kejayaan sesebuah perniagaan online.
Dengan menggunakan mobile app, anda boleh menjadikan ini sebagai satu realiti, di mana anda dapat mengesan sejarah pencarian atau pembelian yang pernah dilakukan pelanggan untuk menghasilkan recommendation yang bersesuaian dengan keperluan atau keinginan mereka.
Ya, sistem yang sama boleh dilaksanakan dalam website, namun ini bergantung kepada keadaan sama ada pengguna login semasa melayari atau tidak.
Berdasarkan statistik, 63% pengguna inginkan pengalaman online shopping yang telah dimodifikasi khas berdasarkan keinginan atau keperluan mereka.
Anda boleh menggabungkan strategi ini dengan kempen push notification yang telah disebut sebelum ini. Anda boleh set untuk menghantar push notification kepada pengguna tertentu bersesuaian dengan ciri-ciri mereka, contohnya, iklan berkaitan program yang anda akan adakan di sekitar lokasi pelanggan atau iklan berkaitan produk terbaru bersesuaian dengan jantina pelanggan.
Cara terbaik untuk ‘memegang’ pelanggan adalah melalui program kesetiaan pelanggan. Dengan adanya mobile app, ini akan meningkatkan kemungkinan untuk pelanggan menyertai loyalty program yang ditawarkan.
Berdasarkan statistik, 82% pengguna akan lebih tertarik untuk membeli dengan adanya program kesetiaan pelanggan.
Kelebihan mobile app adalah kerana kebolehannya untuk memberikan tawaran kepada pelanggan secara langsung (real-time). Antara jenis ganjaran yang boleh ditawarkan melalui program kesetiaan adalah ganjaran berdasarkan transaksi. Contohnya, sekiranya pelanggan telah membeli melalui aplikasi sebanyak 3 kali, mereka akan mendapat diskaun istimewa sekiranya membeli pada kali yang ke-4.
Secara psikologinya, ini akan menggalakkan pelanggan untuk menambahkan average order value ataupun kekerapan pembelian untuk mencapai tahap dimana mereka akan mendapat ganjaran.
Pengabaian shopping cart adalah antara masalah utama yang dilalui oleh perniagaan online. Perkara sebegini cukup mengecewakan sebab customer hanyalah 1 klik je lagi daripada membuat pembelian.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa berlakunya masalah pengabaian shopping cart ni kan? Ini adalah antara sebabnya:
Mobile app akan membuatkan banyak proses yang perlu dilalui dalam pembelian menjadi jauh lebih mudah. Sebaik pelanggan membeli sesuatu barangan, semua preference atau tetapan yang pernah dilakukan sebelum ini akan tersimpan di dalam setting aplikasi.
Pengguna akan lebih ringan hati untuk mengeluarkan belanja sekiranya mendapat layanan pelanggan yang cemerlang. 73% pelanggan mendedahkan bahawa mereka lebih tertarik untuk bershopping dengan lebih lama dan mengeluarkan lebih banyak belanja selepas mendapat pengalaman layanan pelanggan yang positif.
Antara teknik yang boleh digunakan dalam aplikasi mobile adalah memudahkan pelanggan untuk mendapat contact information tanpa perlu melakukan pencarian di Google. Letakkan butang “CALL US” di bahagian yang mudah untuk dilihat pelanggan.
Cara lain untuk memudahkan urusan pelanggan anda adalah dengan adanya tracking system di mana pelanggan dapat melihat pergerakan order mereka, dari saat pembelian dibuat hinggalah barang sampai ke pintu rumah.
Kesimpulannya, tak rugi untuk anda melaburkan wang ringgit untuk menghasilkan mobile app bagi perniagaan yang dijalankan, kerana berdasarkan statistik-statistik yang telah dikongsikan, mobile app ternyata cukup efektif dalam memberikan keuntungan yang berlipatganda!
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.