4 Tips Untuk Menghasilkan Landing Page Yang Menarik Duit

Ada bisnes tapi masih tiada lagi landing page? Rugi besar! Kenapa? Sebab melalui landing page ini anda boleh merancakkan lagi aktiviti marketing.

Ciri-ciri landing page yang membezakannya dengan website biasa

-Landing page ialah laman web yang memiliki fungsi tertentu.

-Fokus hanya kepada sesebuah produk.

-Kebiasaannya lengkap dengan kemudahan untuk membuat transaksi / mengutip emel atau maklumat untuk memudahkan anda menghubungi pelanggan dan sebagainya.

Di bawah, admin kongsikan 4 cara untuk menghasilkan landing page yang berkesan

#1 Hasilkan headline yang dapat menarik perhatian

Ingat, headline adalah bahagian pertama yang dilihat oleh pelawat, jadi penting untuk anda menghasilkan headline yang jelas, mantap dan relevan. Anda juga boleh memasukkan subheading untuk menjelaskan dengan ringkas apakah perkara yang akan dikongsikan dalam landing page, buat subheading ini seringkas yang mungkin.

#2 Gunakan imej / video yang dapat ‘menggoda’

Penggunaan imej, video atau grafik yang menarik adalah cara paling mudah untuk membuatkan ramai pengunjung tertarik dengan apa yang anda iklankan. Tapi dengan satu syarat! Gunakan apa yang relevan sahaja untuk menjelaskan produk yang dipromosikan. Imej yang digunakan sebagai contoh, perlulah dapat menyentuh emosi atau jiwa pembaca.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan imej kulit depan e-book yang anda ingin jual, screenshot aplikasi yang dijual, preview produk atau sebagainya.

Selain imej, penggunaan video juga tak boleh diabaikan sekiranya anda betul-betul serius untuk mempromosikan produk. Berdasarkan kajian, video dapat menarik sehingga 80% lebih prospek daripada teknik lain. Hasilkan video mini untuk menunjukkan bagaimana produk anda boleh digunakan.

#3 Isi yang simple tapi padat

Kebiasaannya, landing page  dengan kandungan yang simple adalah yang paling mudah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pastikan anda mendedahkan hanya mesej atau informasi yang betul-betul relevan dan abaikan apa yang tidak penting.

Sekiranya boleh, banyakkan penggunaan bullet point dan bukannya karangan yang berjela-jela kerana ini akan memudahkan pembacaan. Kata orang, terus on-point!

#4 Masukkan call-to-action atau panggilan untuk tindakan

Butang panggilan untuk tindakan (call-to-action) adalah bahagian yang paling penting dalam landing page anda. Inilah langkah terakhir yang perlu diambil oleh pembaca page sebelum melakukan sebarang penukaran (emel / transaksi atau info lain), oleh itu, penting untuk anda memastikan mereka tertarik untuk menekan butang ini.

Gunakan warna yang kontra atau berbeza supaya bahagian ini lebih terserlah berbanding yang lain. Ingatkan pembaca apa yang mereka akan dapat sekiranya menekan butang call-to-action ini.

Sebagai contoh, butang “Download Panduan SEO Percuma Sekarang” adalah lebih menarik berbanding “Daftar Sekarang.”

Tips: Pastikan anda selitkan juga butang call-to-action ini di bahagian tengah landing page supaya pembaca yang tidak mahu scroll sehingga ke bawah masih boleh mengambil tindakan yang seterusnya.

 

Design Team

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

This website uses cookies.