8 TIPS UNTUK MENINGKATKAN READIBILITY WEBSITE
Dalam menghasilkan content website, anda bukan sahaja perlu tahu apa info yang pembaca inginkan tapi juga apa yang dapat membuatkan pembaca selesa membaca (readibility) content yang disediakan dalam website. Dalam artikel kali ini admin kongsikan 8 tips untuk meningkatkan readibility website ataupun cara untuk memudahkan pembaca membaca di website anda dengan selesa.
Inilah bahagian paling asas yang anda perlu fikirkan. Pastikan tulisan yang dipilih bukan sekadar sedap dipandang tapi juga mudah untuk dibaca. Antara jenis tulisan yang mudah dibaca melalui skrin adalah seperti Arial, Trebuchet, Helvetica, Lucida Sans dan juga Verdana. Pastikan juga anda mengambil serius penggunaan huruf kecil dan huruf besar yang betul sepanjang penulisan untuk memudahkan pembaca ‘scan’ isi yang dihasilkan.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat di learnui.design, saiz untuk body font yang disarankan adalah 16px. Untuk text lain seperti caption, label dan sebagainya, gunakan saiz yang lebih kecil seperti 13px atau 14px. Bagi tulisan yang tidak penting pula anda boleh mengurangkan kecerahan warna tulisan (kelabu) dalam sekitar 70% daripada warna asal.
Semakin tinggi perbezaan atau kontra antara background dan tulisan/teks semakin tinggi tahap keselesaan pembacaan atau readibility. Antara gabungan warna yang perlu dielakkan adalah biru dan merah atau kuning dan putih. Tahap kontra yang rendah akan memenatkan mata pembaca walaupun hanya beberapa baris.
Selain itu, anda juga perlu elakkan daripada menggunakan background dengan imej yang mengganggu tulisan. Sekiranya ingin meletakkan imej sebagai latar belakang, pastikan anda meletakkan tulisan hanya pada bahagian yang kosong atau letakkan lapisan lain sebagai pembahagi antara tulisan dan imej.
Kalau diikutkan, dalam media cetak seperti majalah dan novel, pembaca tidak begitu kisah untuk membaca ayat atau baris yang panjang. Namun untuk website, panjang baris yang paling optimum adalah antara 50 ke 60 karakter. Semakin panjang, semakin ‘seram’ untuk pembaca. Ya, itulah realitinya, sifat pembaca adalah berbeza dalam media yang berbeza.
Tahukah anda, 75% pembaca website tidak membaca setiap patah perkataan yang ditulis satu persatu? Kebanyakan orang membaca dengan pantas atau scan untuk mencari informasi yang relevan tanpa membuang masa. Perenggan yang pendek memudahkan pembaca untuk melakukan aktiviti scanning ni tanpa masalah kerana sebaik mereka tak nampak keyword yang dicari, mereka boleh terus melompat ke perenggan yang seterusnya.
Percayalah bila admin kata yang majoriti pembaca iaitu dalam sekitar 75% daripada pembaca yang melawat website, malas untuk membaca keseluruhan ayat yang ditulis. Maka, tak perlulah guna ayat yang berbunga-bunga, terus fokus kepada point yang ingin disampaikan.
Kebanyakan website memiliki matlamat untuk mencapai seramai mana pembaca atau menggapai seramai mana prospek yang boleh. Oleh itu, permudahkan bahasa yang digunakan walaupun perkara yang ingin diceritakan itu agak teknikal. Usahakan untuk menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami ramai.
Memandangkan ramai pembaca website gemar menggunakan teknik scanning semasa membaca, ini antara format penting yang anda boleh gunakan:
a) Highlight keyword yang relevan untuk membantu pembaca mengesan point penting dalam sesebuah perenggan. Highlight hanya 1 perkataan atau 1 frasa dalam 1 perenggan, tak lebih daripada itu.
b) Gunakan senarai untuk menyusun content secara ‘straight to the point.’ Dengan cara ini, mudah untuk pembaca melihat perkaitan antara satu point kepada point yang lain.
c) Masukkan imej yang dapat membantu menyokong point atau content anda.
Dah tahu semua perkara ni, apa lagi, aplikasikan semua tips yang diberikan mulai daripada sekarang. Selamat maju jaya!
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.