7 Cara Untuk Membina Identiti Jenama Yang MUDAH TERKENAL
Ingin lebih menyerlah berbanding pesaing anda? Cukup penting untuk anda mewujudkan ‘suara’ yang paling lantang dalam pasaran. Ini adalah antara teknik yang boleh digunakan untuk membina identiti yang kukuh dalam minda para pelanggan.
Jenama yang diletakkan tidak semestinya perlu kedengaran terlalu unik atau pelik sebab sebenarnya semakin ‘simple’ nama yang dipilih, semakin mudah untuk anda diingati. Contoh jenama dengan nama simple tapi pasarannya meluas ialah Burger Ramly, Ramly je kan? Nama klasik lagi tu.
Anda nak yang ‘lebih’ untuk bisnes? Boleh juga berikan nama berdasarkan beberapa aspek ini:
Ada banyak lagi teknik lain untuk membentuk nama, nak tahu lebih lanjut? Admin akan kongsikan dalam post yang akan datang.
Luangkan masa untuk mengenalpasti siapakah target pengikut atau target customer anda dan apa yang dapat menarik perhatian mereka. Semakin anda faham apa yang mereka inginkan, semakin mudah untuk anda menggunakan identiti jenama anda untuk menggoda jiwa mereka.
Bila anda mengeluarkan sesebuah produk yang baru, jalankan kajian tentang bagaimana produk anda dapat memenuhi jangkaan yang orang ramai letakkan kepada perniagaan anda.
Untuk memiliki jenama yang kukuh, anda perlu memiliki identiti yang unik. Sekiranya pesaing anda memiliki identiti jenama yang sebagai contohnya, banyak membantu gelandangan dengan memberi mereka makanan secara percuma, untuk menjadi unik, anda mungkin boleh menjadi berbeza dengan mewujudkan food bank, tempat tinggal atau peluang kerja untuk membantu golongan yang memerlukan yang tidak hanya terhad bagi gelandangan.
Buatkan senarai apakah elemen-elemen yang membuatkan pesaing anda kelihatan unik dan menarik pada mata orang ramai dan cuba cari identiti anda.
Kalau anda nak tahu, warna sebenarnya dapat memberi kesan psikologi kepada manusia. Merah dan putih yang digunakan dalam logo Cola-Cola dapat menaikkan rasa seronok. Ada banyak lagi teknik menggunakan warna untuk menarik mata orang ramai yang akan admin kongsikan dalam artikel lain.
Logo anda perlulah memiliki kebolehan untuk menceritakan banyak perkara tanpa menggunakan banyak atau apa-apa perkataan kerana segalanya bergantung kepada reka bentuk logo. Sebagai contoh, logo untuk syarikat pelancongan boleh menggunakan bentuk seperti beg luggage atau kapal terbang.
Untuk menyerapkan jenama anda dalam minda penonton, pembaca, pengguna atau pelanggan, gunakanlah hanya satu spesifik gaya atau warna tema dalam apa sahaja content yang dihasilkan sama ada infografik, video, facebook post, instagram post, website atau sebagainya. Sekiranya logo anda berwarna merah dan kuning, gunakan warna merah dan kuning sebagai antara warna yang wajib ada dalam design-design lain juga.
Apabila perniagaan anda semakin berkembang maju, anda akan perasan yang anda kian hilang sentuhan secara personal untuk banyak perkara terutama sekali bagi perkara-perkara yang kelihatan remeh atau jauh dari capaian anda. Salah satunya ialah “mentions” yang dibuat berkaitan bisnes anda. Pastikan anda lihat dengan teliti semua perkara yang melibatkan jenama anda sebelum review negatif yang dibuat melalui mentions ini akan menjadi sebahagian daripada identiti jenama anda.
Inilah 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk memantapkan jenama perniagaan anda. Diharapkan tips ini dapat membantu anda bergerak ke hadapan dengan lebih pantas dan menjadi lebih menyerlah pada mata pelanggan. Selamat maju jaya!
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.