Ketahui Perbezaan Antara Blogspot Dan WordPress Sebelum Membina Blog | Blog bukan sesuatu yang asing buat masakini, malahan blog yang dulunya ditulis sebagai diari peribadi dan sebagai hobi, tapi kini telah berubah kepada usaha yang menguntungkan malahan makin ramai yang membuat dan menulis blog secara serius.
Sekiranya anda merancang untuk memulakan blog anda sendiri, terdapat sejumlah laman web yang menawarkan perkhidmatan hosting mereka; yang paling terkenal ialah Blogspot dan WordPress.
Blogspot dan WordPress adalah syarikat gergasi dalam dunia blogging. Blogspot dimiliki oleh Google dan menggabungkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan. Paling penting ialah Google Adsense, bagi anda yang ingin meraih pendapatan dari blog yang anda bina.
Perbezaan utama antara keduanya adalah pembayaran yang diperlukan. Blogspot menawarkan perkhidmatan percuma, yang dilengkapi dengan iklan yang mereka paparkan bagi yang berkelayakan. WordPress juga adalah percuma dengan beberapa n ada beberapa yang hanya tersedia setelah anda membayar langganan premium.
Kedua-dua perkhidmatan adalah baik bagi anda yang baru mencuba untuk menulis blog.
Perbezaan lain antara Blogspot dan WordPress adalah dengan Javascript. Blogspot membenarkan pengguna memasukkan skrip pihak ketiga ke dalam blog, sebaliknya ia tidak dibenarkan di blog WordPress. Secara mudah dan boleh diklasifikasikan, anda ada pilihan untuk menggunakan platform yang lebih interaktif atau memilih platform yang lebih bersih dan pantas. Terpulang kepada pengguna untuk memutuskan perkara yang lebih bersesuaian mengikut kepakaran diri.
Kedua-dua perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna membuat blog peribadi, yang boleh dilihat dan disorok dari masyarakat umum. Perbezaan aspek dalam Blogspot dan WordPress adalah dengan siapa yang dapat melihatnya. Dengan Blogspot, anda terhad kepada 100 orang yang dapat melihat catatan peribadi dan pengguna ini juga mesti mempunyai akaun Blogspot. Sebagai perbandingan, WordPress tidak memberikan sekatan kepada siapa dan berapa ramai pengguna yang boleh dijemput untuk melihat catatan peribadi anda.
WordPress membolehkan anda melindungi catatan anda dengan kata laluan, yang merupakan cara lain untuk menghadkan siapa yang dapat melihat kandungan catatan anda. Ciri ini tiada di dalam Blogspot.
Ringkasan sebagai pembandingan
Blogspot benar-benar percuma sementara pembayaran diperlukan untuk ciri premium WordPress
Blogspot membenarkan Javascript sementara WordPress tidak
Blogspot mengehadkan jumlah penonton untuk blog peribadi sementara WordPress tidak
WordPress membenarkan catatan dilindungi kata laluan sementara Blogspot tidak
Apa pun pilihan ditangan anda.
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.