Pentingnya Database Pelanggan Buat Pemilik Bisnes

Database pelanggan adalah sangat penting untuk usahawan dan peniaga hari ini. Setiap pelanggan yang membeli ataupun tidak, perlu disimpan data tentang mereka untuk kegunaan masa akan datang.

Cukup mudah untuk memulakan database pelanggan dengan menyimpan beberapa keterangan seperti berikut:

  • Nama
  • No telefon
  • Email
  • Alamat
  • Kategori (bagi pelanggan yang pernah membeli)

 

Mengapa Database Pelanggan Penting?

1) Jimat kos dengan menghantar jualan atau promosi berulang kali kepada database sediaada

Database yang banyak sangat berguna apabila anda boleh membuat “short promotion campaign” seperti : “Promosi Sempena Hari Raya”

Jika anda mempunyai database, anda hanya perlu blast mesej kempen promosi ini kepada mereka.

 

2) Lebih mengenali target market dan audien sebenar
Melalui database yang anda dapat seperti Nama, No Tel, Emel dan Alamat dapat menunjukkan dengan lebih tepat lokasi dan demografi audiens anda.Database yang lebih terperinci dapat digunakan dalam melakukan pemasaran pada masa akan datang.

 

3) Analisa rekod jualan
Anda juga boleh membuat analisa ringkas untuk mengetahui jenama anda “terkenal” di kawasan mana mengikut jumlah jualan.

 

4) Mudah untuk buat engagement
Apabila anda mempunyai database, anda boleh buat engagement dengan mudah. Ini akan membuatkan mereka lebih kuat untuk ingat jenama anda. Tahu tak dalam marketing, kena bagi prospek lihat 7x baru mereka akan ingat jenama anda.

Kita sendiri akan terlupa jika melihat sesuatu ads itu cuma sekali sahaja. Dengan adanya database, anda boleh buat engagement dengan mereka dengan mudah.

Tidak perlu “hard” sangat menjual pun takpe, anda hanya perlu buat engagement sahaja seperti kongsi tips/ nasihat/ video/ etc. Engagement ini boleh melalui banyak platform, antaranya adalah melalui Whatsapp, Emel dan sebagainya.

Ini dapat menambahkan TRUST pelanggan kepada jenama anda jika perkongsian yang anda kongsikan itu sangat manfaat untuk diri mereka. Hubungan adalah antara kunci utama kenapa mereka membeli produk anda.

 

5) Follow up
Tidak semestinya mereka yang berdiam tidak akan membeli produk anda. Simpan sahaja database mereka, tetapi asingkan pelanggan ini yang masih tidak membeli.

Dengan adanya database mereka, anda boleh mambuat follow up dengan mudah. Mungkin seminggu sekali atau dua kali anda menghantar WhatsApp kepada mereka tanyakan sama ada mereka berminat ataupun tidak terhadap produk anda.

Pastikan anda merekod database anda dengan betul serta jaganya dengan baik.

Design Team

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

This website uses cookies.