Illustrasi adalah sebuah tool stylish yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara untuk sesebuah design. Illustrasi atau lukisan kartun terutamanya boleh memberi kesan ceria yang menghidupkan website. Contoh website dengan design kreatif seperti ini dapat dilihat di bawah:
Tujuan design minimalist dihasilkan adalah untuk memaparkan ‘isi’ sebenar sesebuah website, perniagaan, perkhidmatan atau sebagainya dengan menyingkirkan fungsi atau aspek-aspek lain yang tak penting untuk mengurangkan gangguan kepada fokus yang sepatutnya.
Sama ada anda perasan atau tidak, typografi membantu membentuk pengalaman bagi pengunjung website sebelum ayat atau perkataan tersebut dibaca atau diklik lagi. Typografi, sekiranya dihasilkan dengan baik memiliki potensi untuk menyampaikan cerita, emosi atau atmosfera tertentu. Dalam erti kata mudahnya, typografi boleh dianggap seperti nada suara namun dalam bentuk tulisan.
Tren design seperti ini banyak digunakan atas alasan yang ianya lebih praktikal berbanding jenis website atau design yang lain. Website seperti ini dikatakan berkesan untuk mengatasi masalah pengguna moden yang memiliki tahap fokus yang semakin rendah.
Namun begitu, perlu diketahui bahawa website dengan laman tunggal ini tidak semestinya sesuai untuk semua jenis tujuan. Di samping itu, dalam menghasilkan website sebegini, layout yang sempurna perlulah dirancang dengan teliti dengan mengutamakan focal point atau kedudukan pandangan mata pelawat website supaya fungsinya ‘sampai’ dengan berkesan.
Flat design adalah salah sejenis design minimalistik dengan fokus diberikan kepada kepenggunaan. Ia memaparkan fungsi yang kelihatan ‘clean’ atau bersih, dengan banyak ruangan lapang, sudut yang tajam serta penggunaan warna yang cerah dan juga illustrasi ‘flat’ atau 2-dimensi.
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.