5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G.
Walau bagaimanapun teknologi 5G mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya. Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.
Kelajuan 5G boleh dicapai mencecah 1.5GB sesaat dalam satu ujian yang dilakukan dan keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.
Buat penggemar filem, teknologi 5G amatlah dinantikan kerana anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD berbanding sebelum ini dengan kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat. Dengan teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.
Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.
Selain itu, teknologi ini juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.
Lebih mudah, tiga sifat utama 5G
1. Kelajuan yang tinggi
2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi
Kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi teknologi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti dengan maksud penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama.
Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT)
Menerusi 5G, keupayaan seperti pengesanan wajah serta pengkalan data dapat diintegrasikan dengan lebih lancar. Kehadiran teknologi generasi kelima (5G), berpotensi untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara kita.
Semoga teknologi 5G dapat kita manafaatkan dengan sebaiknya.
Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…
Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…
Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…
Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…
IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…
Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…
This website uses cookies.