Categories: BusinessInformation

Kepentingan e-dagang Kepada Peniaga

e-dagang atau e-commerce adalah proses membeli dan menjual produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet. E-dagang merujuk kepada kedua-dua runcit dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik. E-dagang cukup dikenali ramai dan semakin meningkat populariti dan pengunaannya sejak pandemik Covid19 melanda menggantikan jualan secara tradisional tanpa perlu ke kedai membeli barangan keperluan dan barangan gaya hidup.

E-dagang membolehkan orang ramai membeli dan menjual produk di peringkat global, dua puluh empat jam sehari tanpa menanggung kos tambahan untuk overhead dan lebih masa.

Kelebihan e-dagang dan Internet:
1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat serta menjimatkan kos.
2. Peniaga dapat membuat promosi dengan mengiklankan produk melalui kemudahan Internet.
3. Membantu untuk meluaskan pasaran di serata dunia.
4. Membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kepentingan e-dagang
Bagi peniaga yang selama ini mempunyai kedai fizikal yang sebenar, anda akan sering dibatasi akan lokasi perniagaan dalam memberikan perkhidmatan namun kita penggunaan e-dagang yang tidak ada batasan membolehkan anda mencapai penjualan hingga ke peringkat global malahan boleh mendapatkan penjimatan kerana tidak perlu ada premis fizikal.

Perniagaan eCommerce dapat mengurangkan kos, bergantung pada strategi yang dipilih. Sebagai contohnya,untuk dropshipping, anda tidak perlu membayar ruangan untuk menyimpan stok sehingga pelanggan bersedia membelinya. Malah tidak perlu melakukan perjalanan ke premis syarikat lain bagi tujuan produk demo perniagaan B2B. Memadai dengan menghantar barang dan perkhidmatan melalui internet.

Dengan perniagaan e-dagang, perniagaan akan terus terbuka sepanjang masa dan peniaga dapat berkomunikasi dengan pelanggan hanya melalui atas talian. Sekiranya peniaga berhasrat menjual produk baru dan berbeza dari yang asal, hanya perlu di tambah apakah produk tersebut di dalam kedai talian tanpa perlu berpindah ke premis perniagaan yang lebih besar.

 

Design Team

Recent Posts

Cara Wariskan Akaun Facebook Anda

  Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda,…

5 years ago

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS

Cara Sekat Pembelian In-App Purchase Dalam Android Dan iOS | Memiliki telefon pintar sudah menjadi…

5 years ago

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

  Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah…

5 years ago

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta…

5 years ago

Apa Itu IP Address

  IP Address atau Alamat IP (Internet Protocol address) merupakan suatu nombor unik di dalam…

5 years ago

Tips Lajukan Internet Di Handphone

  Tips lajukan Internet handphone Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua…

5 years ago

This website uses cookies.