Nak buat duit dengan website? Ada banyak caranya! Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menjual produk yang anda hasilkan sendiri di website anda, sama ada produk fizikal atau digital, kedua-duanya dapat memberikan keuntungan sekiranya anda meluangkan masa untuk melalukan promosi dan marketing.

Dalam artikel ini, admin kongsikan beberapa idea produk yang boleh anda hasilkan sendiri dan jual melalui website.

1) Ebook dan audiobook

Ebook

Kumpulkan idea dan kepakaan anda dalam satu pakej ebook atau audiobook. Antara proses yang terlibat dalam usaha untuk menghasilkan ebook dan audiobook adalah:

  • Memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang
  • Meluangkan masa untuk menulis
  • Hasilkan versi audio daripada penulisan tadi (jika perlu)
  • Design muka hadapan (cover page)
  • Rancang kempen pemasaran

2) Lancarkan e-course ataupun kelas online

Kelas online adalah cara lain untuk anda menjadikan kepakaran yang dimiliki sebagai produk. Salah seorang usahawan e-course yang  boleh dijadikan contoh adalah Marie Forleo, seorang life coach dari USA. Beliau menghasilkan program training yang dipanggil B-School yang telah mengumpulkan keuntungan mencecah 8 angka dalam masa setahun.

Marie Forleo B School

Sekiranya anda ada idea untuk menghasilkan kelas online yang menarik, tak ada sebab untuk anda tidak berjaya mengumpulkan ramai pelajar.

3) Bina dan jual aplikasi, plugin atau software

Gunakan website anda sebagai tapak untuk melancarkan produk digital terbaru. Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada pembaca website mengenai masalah yang ingin diselesaikan. Melalui perkongsian idea ini, anda boleh menghasilkan app atau plugin yang dapat menyelesaikan isu-isu ini.

4) Jual produk digital boleh download (digital downloadables)

preset

Kalau anda ada skill reka grafik (atau cukup bajet untuk mengupah designer melalui website seperti Upwork dan Freelancer), anda boleh membuat wang dengan apa yang dihasilkan. Antara idea produk adalah seperti berikut:

  • Template, checklist, tracker
  • Grafik blog
  • Stock photo
  • Illustrasi
  • Tema website
  • Preset Photoshop
  • Efek video
  • Stock footage
  • Elemen audio dan sebagainya

5) Jual merchandise

merchandise blog

Anda boleh menjual produk dengan tema blog/brand/perniagaan anda sendiri dan dapatkan perkhidmatan print on demand. Antara barangan  yang boleh dijual adalah seperti:

  • Pakaian
  • Aksesori
  • Souvenir: Mug, pin, notebook, alas mouse dan sebagainya

Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit-sebanyak idea untuk anda membuat wang melalui website. Selamat maju jaya!