Dalam artikel kali ini admin ingin kongsikan beberapa tips yang dapat membantu anda menghasilkan website yang efektif untuk menarik perhatian pelawat supaya tertarik dengan apa yang ditawarkan atau kekal melayari website berdasarkan daripada kajian-kajian yang pernah dijalankan.

#1 Pentingkan kepantasan website

Berdasarkan kajian, website yang pantas akan memberi kesan kepada segalanya, dari bounce rate, kepuasan pengguna hinggalah kepada kadar respon pelawat (contohnya: e-mail subscription). Sekiranya website lembab, pelawat hanya akan singgah sekejap dan pergi tak kembali disebabkan oleh pengalaman yang negatif.

Kepentingan website loading laju

Bukan itu sahaja, ranking di Google juga bergantung kepada tahap kepantasan website. Oleh sebab itu, tak rugi untuk anda laburkan masa untuk memantapkan kelajuan website.

#2 Amalkan Hick’s Law

Apa tu Hick’s Law? Hick’s Law adalah satu teori yang mana semakin banyak pilihan yang ditawarkan, semakin perlahan atau semakin lama waktu yang diperlukan oleh pelanggan untuk membuat keputusan.

Hick's Law Pilihan Banyak Di Website

Fenomena ini dibuktikan dalam satu kajian yang pernah dijalankan di sebuah pusat membeli-belah, di mana pengunjung diberikan pelbagai pilihan jem untuk dicuba. Kajian ini mendapati bahawa mereka yang diberikan lebih banyak pilihan kurang berpotensi untuk membeli jem yang ditawarkan, namun sekiranya hanya diberikan sedikit perisa pilihan, potensi untuk jem dibeli adalah lebih tinggi.

Bagaimana informasi ni boleh jadi berharga untuk website anda? Antara contoh aspek yang boleh anda aplikasikan dalam penghasilan website adalah:

  • Kurangkan tawaran menu
  • Kurangkan bahagian yang perlu diisi dalam borang online
  • Fokus hanya kepada satu call to action
  • Hanya paparkan media sosial yang penting atau yang aktif
  • Tetapkan hanya satu tujuan / misi untuk sesebuah page

#3 Kekalkan kesederhanaan

Berdasarkan kajian yang dilakukan Google, pengunjung tidak begitu menyukai visual yang terlalu kompleks, oleh itu, jadikan design anda simple sebab apabila design terlalu kompleks, boleh jadi website anda akan kelihatan kurang menarik pada pandangan pengunjung.

Secara terperinci, ini antara aspek yang boleh anda pertimbangkan:

  • Pertimbangkan untuk membuang sidebar: Apabila anda membuang bahagian sidebar, anda membantu pengunjung untuk lebih fokus kepada isi yang ingin disampaikan.

Sidebar relevan

  • Gunakan layout standard: Manusia sukakan familiarity atau keterbiasaan dan akan rasa kekok dengan sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, untuk memudahkan cerita, simplekan sahaja layout anda kepada design yang standard.

#4 Elakkan penggunaan carousels, sliders, tabs, atau accordians.

Ramai pemilik website yang suka dengan fungsi carousel. Namun begitu, kajian mendedahkan bahawa fungsi ini boleh dikatakan agak tidak berguna.

Berdasarkan data yang didedahkan oleh Notre Dame University, slide pertama yang terpapar di carousel menerima hampir 90% klik, namun sebahagian besar slide yang lain pula diabaikan.

Click through rates untuk carousel notre dame university

Fungsi tabs dan accordians juga memiliki masalah yang sama dengan sliders dan carousels yang mana kedua-duanya juga sering tidak diendahkan oleh pengguna. Punca kepada masalah ini adalah kerana kebanyakan pengguna melayari sesebuah website dengan pantas, mencari apa yang menarik perhatian mereka dalam kadar segera. Kemungkinan untuk mereka klik pada content lain yang tidak nampak dalam sekali pandang agak tipis. Mesti anda tertanya-tanya “Tapi, macam mana pula kalau info yang perlu diklik tu penting untuk pelawat tahu?” Jawapannya ada dalam point seterusnya.

#5 Scroll lebih menarik daripada click

Letakkan segalanya dalam satu page yang panjang dan bukannya menu / slides / carousels dan lain-lain yang memerlukan klik.

Kajian yang dijalankan oleh Crazy Eggs membuktikan bahawa tindakan memadatkan semua informasi dalam satu page yang sama sememangnya lebih berkesan dalam menyampaikan informasi.

scroll vs click

Hasil kajian mereka mendapati, potensi pelawat untuk membeli produk / perkhidmatan dll yang ditawarkan meningkat 30% lebih tinggi.

#6 Tarik perhatian pelawat dengan menggunakan cue visual

Anda boleh mengarahkan pandangan mata pelawat kepada isi yang penting dengan menggunakan design tertentu.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, ramai orang akan mengarahkan pandangan mata kepada teks apabila bayi tersebut turut memandang ke arah teks berbanding apabila bayi memandang ke arah kamera. Daripada hasil kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa manusia tertarik untuk melihat ke arah yang sama dipandang oleh model yang dipaparkan di dalam iklan.

Walau bagaimanapun, kadangkala anda tak perlu menjadi terlalu ‘halus’ dalam cubaan menghalakan pandangan mata seseorang kepada sesuatu kerana anda boleh menjadi lebih straightforward, sebagai contoh, dengan menggunakan anak panah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Pandangan mata dalam iklan

Pandangan mata dalam iklan 1

#7 Gunakan gambar orang sebenar (elakkan penggunaan stock photo)

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Basecamp, terdapat peningkatan sehingga 102.5 peratus dalam penerimaan respon daripada pelawat website apabila website ditukar daripada dipenuhi dengan teks kepada gambar orang sebagai latar belakang.

Kajian basecamp no stock photo

Simple tapi efektif! Namun begitu, seperti yang dikatakan tadi, elakkan penggunaan gambar yang boleh didapati percuma di internet (stock photo) kerana berkemungkinan besar pelawat mengenali foto-foto cliché tersebut di merata tempat lain membuatkan mereka pejam sebelah mata. Sebaiknya, gunakan gambar pelanggan atau staff anda sendiri.

#8 Bukti sosial

Jangan abaikan kuasa social proof atau bukti sosial, bukti yang disediakan oleh orang ramai. Sekiranya anda dapat menunjukkan kepada pelawat review-review yang positif daripada orang ramai kepada website anda, produk, perkhidmatan atau sebagainya kepada pelawat baru, ini sedikit sebanyak dapat membentuk pandangan mereka.

Social proof

Selain review, social proof juga boleh ditunjukkan melalui bilangan perkongsian dan mention.

Bilangan share

Antara kesan bukti sosial dalam website adalah seperti berikut:

Sekian dari kami, diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam menghasilkan website berkesan dalam mencapai gol yang telah anda targetkan. Semoga berjaya!