3 Kelebihan Membeli Di Atas Talian

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini. Internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan harian kita. Dengan hadirnya pelbagai jenis gadget dan teknologi, secara drastik kualiti hidup kita semakin berubah. Pencarian info menjadi lebih senang, informasi dapat dikongsi dengan lebih laju, pembelajaran dibolehkan di mana-mana sahaja, dan bermacam-macam lagi.

Dengan kesempatan ini, ramai yang mengambil langkah untuk berjinak-jinak dengan perniagaan online. Malah terdapat juga syarikat di Malaysia yang terkenal dengan e-commerce marketing. Sebagai contoh, Lazada. Ia merupakan portal “shopping” no. 1 di Malaysia waktu ini. Pelbagai barangan dari barangan dapur hinggalah ke pakaian harian kita. Tambahan lagi, website seperti ini banyak membuat promosi seperti di facebook, instagram, twitter dan bermacam lagi. Dengan cara ini, syarikat seperti Lazada dapat mengembangkan lagi perniagaannya dan keuuntungannya.

Membeli di atas talian ini sebenarnya terdapat lebih daripada 3 sebenarnya.

Namun pada hari ini saya akan kongsikan 3 kelebihan yang terbaik buat semua pihak!

1. Menjimatkan masa

Baik pembeli, atau penjual, pembelian atas talian dapat menjimatkan waktu. Tahukan anda mengapa?

Membeli barangan atas talian membolehkan anda membuat pilihan tanpa perlu berganjak atau ke stor fizikal.Nampakkah anda betapa hebatnya zaman sekarang?

Anda mampu “survey” lebih daripada 3 kedai dalam masa 10 minit sahaja. Tanpa teknologi sebegini, sudah tentu kita akan mengambil sekurang-kurangnya beberapa

jam untuk melawat dari satu shopping kompleks ke kompleks yang lain. Hal ini memberi manfaat besar kepada penjual pula kerana anda boleh mempamerkan barangan anda yang banyak

hanya dalam 1 muka surat. Bayangkan pameran 10 helai baju di kedai fizikal pasti akan memakan ruang yang agak besar, sedangkan perniagaan online hanya menggunakan desktop, dan anda boleh layari beribu-ribu jenis barangan yang dikehendaki.

2. Memilih barang dengan citarasa sendiri

Secara puratanya, pembeli atas talian di Malaysia semakin meningkat. Ini adalah kerana kemudahan untuk mencari barangan berdasarkan citarasa sendiri adalah lebih senang. Jika anda peminat barangan wanita, syarikat Twenty3, FashionValet, Double Woot, menyediakan ratusan pilihan barang pelbagai saiz dan umur.

Dengan hadirnya teknologi seperti ini, para pembeli mendapat lebih fleksibiliti ketika membeli. Maksud saya disini, kita kini boleh melihat kualiti/material, size, warna, dan cara memakainya hanya daripada kerusi komputer kita! Walaubagaimanapu, pengguna harus bijak dalam membeli di atas talian, kerana bilangan yang mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan juga semakin bertambah.

Selain itu, pembeli boleh mengases pelbagai laman web lain yang memberi tips dan fesen terkini, dengan kemudahan ini, pembeli dapat mengikuti trend dan fesyen terkini.

3.Kehebatan “share”button

Dengan adanya share button ini, pembeli kini boleh berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bertukar pendapat di atas barangan yang hendak dibelinya.

Bukan itu sahaja malah pembeli dapat meninggalkan review, memberi komen tentang barangan yang dibelinya. Hal ini meningkatkan kepercayaan pembeli akan barangan itu. Sebagai contoh, review yang tinggi sudah pasti menjual produk yang berkualiti dan boleh dipercayai, berbanding dengan produk yang tiada review, likes, & komen.

Berikut adalah antara contoh laman perniagaan atas talian yang direka oleh web designer professional di iWHOST.com

1. http://maleena.my/

2. http://azkaglobalshop.com.my/

3. https://qiszar.my/

4. http://biz-linktravel.com/

5. http://sksadesign.com/ikdot/

Pendek kata, pembelian di atas talian merupakan satu revolusi bagi pengguna/pembeli di Malaysia. Walaubagaimanpun kita harus tetap bijak dalam membuat keputusan sebelum membeli. Setujukah anda bahawa pembelian atas talian merupakan sesuatu yang perlu diteruskan?

Dapatkan lebih info berkenaan web hosting, laman web, dan segalanya tentang internet di laman kami www.iwhost.com