Ingin memulakan perniagaan di mana sahaja? Tanpa menggunakan sebarang modal? Jom kita lihat apa jenis-jenis perniagaan yang boleh anda mulakan dari sekarang.
#1 Dropshipping
Idea asas di sebalik dropshipping ini adalah sebagai pemilik perniagaan, anda tak perlu memiliki produk secara langsung ataupun perlu bersusah payah melakukan postage. Apa yang perlu anda buat hanyalah semata-mata fokus kepada marketing kerana hal-hal lain akan disettlekan oleh pemilik atau pengedar produk.
Ini langkah-langkah dropship:
1- Anda senaraikan produk dalam website seperti Shopee, Lazada atau sebagainya.
2- Apabila ada pelanggan yang membuat pembayaran, anda akan membeli produk tersebut daripada third-party company (pengeluar / pemborong) dalam harga yang lebih murah.
3- Dropshipper anda tadi akan menghantar produk kepada pelanggan.
Senangkan?
Tapi, pastikan anda mencari dropshipper yang mempunyai reputasi yang baik supaya mereka menghantar produk yang berkualiti kepada pelanggan dalam masa yang pantas dan untuk mengelakkan diri daripada menjadi orang perantaraan bagi sebarang komplikasi yang wujud memandangkan anda adalah ‘wajah’ bagi bisnes tersebut.
#2 Affiliate marketing
Lebih kurang sahaja dengan dropship tapi ada beberapa perkara yang membuatkannya berbeza dengan point yang pertama tadi. Persamaan antara affiliate marketing dan dropshipping adalah anda tidak perlu menjaga inventori atau stok produk mahupun pening memikirkan postage.
Melalui affilate marketing, anda menawarkan produk daripada syarikat lain melalui website atau blog anda. Setiap produk memiliki link unik yang akan ‘track’ atau menjejaki anda sebagai affiliate partner. Pelanggan atau prospek yang menekan pada link yang anda kongsikan ini akan dibawa kepada shopping cart syarikat asal untuk proses checkout. Sebaik mereka membuat pembelian, info bahawa link itu diklik melalui website anda akan terekod dan anda akan mendapat komisen.
Jauh lebih mudah berbanding dropship kerana anda tidak langsung perlu menguruskan sebarang soalan daripada pelanggan (seperti yang berlaku dalam dropship). Namun, consnya anda perlu berusaha lebih untuk membawa ‘trafik’ kepada website anda.
#3 Blogging
Sekiranya anda memiliki minat yang tinggi kepada sesuatu perkara, kemungkinan besar, anda boleh mula buat duit dengan blog. Mungkin anda rasa kalau blogging je mesti melibatka writingkan? Sebenarnya blogging ni bukan sahaja melibatkan writing, tapi boleh juga post gambar, video, atau bermacam-macam lagi selagi mana apa yang dikongsikan itu dapat meberi manfaat atau menarik perhatian pembaca target. Yang penting, post dengan kerap.
Antara contoh content menarik yang boleh anda cuba adalah senarai top 10, petua, review dan sebagainya. Nak cakap pasal idea memang tak habis.
#4 Post video online
Dengan lebih daripada 2 bilion pengguna, YouTube bukanlah platform biasa, tapi ia adalah satu platform gergasi yang diakses oleh hampir seluruh penduduk dunia. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan saluran ini dengan sebaik mungkin untuk menyerap duit masuk ke dalam poket.
Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menghasilkan akaun YouTube, kemudian, mula uploadkan video. Seterusnya aktifkan monetization dalam setting YouTube anda. Melalui pengaktifan ini, anda memberi keizinan kepada Google untuk memasukkan iklan (AdSense) ke dalam video-video anda. Bila penonton klik pada ads tersebut, anda akan mendapat bayaran.
Cara lain untuk buat duit dengan YouTube adalah melalui paid sponsorship. Bina channel sehinggalah mendapat ramai pengikut atau subscribers sehingga syarikat-syarikat sanggup untuk membayar anda untuk mempromosikan atau menyebut tentang produk mereka dalam video yang anda hasilkan.
Tips untuk menghasilkan video yang kelihatan profesional tanpa menggunakan peralatan mahal:
1-Boleh gunakan smartphone atau video camera biasa. Namun pastikan lighting sempurna.
2-Pastikan audio jelas. Elakkan gangguan bunyi kipas angin, bunyi bising kenderaan atau pembinaan di luar bangunan atau sebagainya.
3-Gunakan editing software yang simple seperti MovieMaker atau iMovie untuk meletakkan tajuk dan untuk ‘cut’ bahagian-bahagian video yang tak menjadi.
Senang cerita, video anda boleh jadi simple je, tak perlu nak terlampau profesional atau sempurna. Yang penting, isinya kenalah ‘ranum’ atau menarik dan berguna. Lawak pun best juga.
Untuk meramaikan penonton, gunakan media sosial untuk mewar-warkan mengenai video anda.
#5 Produk berkaitan informasi
Dalam dunia serba moden ni, bukan semua jenis produk adalah dalam bentuk solid, tapi boleh jadi juga dalam bentuk digital. Inilah cara paling senang dan laju untuk buat duit.
Ada banyak cara untuk menghasilkan produk digital, tapi ini adalah antara yang paling terkenal:
1-Audio: Produk yang memerlukan anda untuk merekod suara seperti interview, kursus, atau sebagainya.
2-Video: Rekod video webinar untuk sesi perkongsian ilmu atau sebagainya.
3-Teks: Ebook seperti travel guide, tips marketing dan sebagainya.
Dah ada idea apa yang anda nak buat untuk mendapatkan duit secara online dan tanpa bajet? Jangan buang masa lagi, jom mula sekarang!
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)