Apa tu Google Analytics?

Google Analytics adalah aplikasi penganalisa laman web, produk percuma Google yang membantu menganalisa kemampuan laman web secara menyeluruh

Kenapa Pemilik Bisnes perlu guna Google Analytics?

Ianya berfungsi secara menyeluruh dan mudah untuk dicustomizekan dengan pelbagai fungsi analisa dan sebab itu pemilik bisnes perlu belajar kepentingannya pada sesebuah laman web.

Paling penting Google Analytics dapat memberi info apa yang terjadi di laman web bukan sekadar mengetahui dari mana atau berapa ramai pelawat yang datang ke laman anda.

 

Apa Fungsi-Fungsi Menarik Google Analytics ini?

1. Paparan Data-Data Analisa Yang Penting

Dashboard Google Analytics akan memaparkan data-data yang kebiasaannya penting seperti Unique Visitors, Page Views dan lain-lain.

 

2. Kedatangan Pelawat

Anda boleh melihat dengan lebih teliti dari mana pelawat datang. Bukan sahaja dari segi lokasi secara geografi tetapi juga dapat melihat link atau pautan yang membawa trafik ke laman anda.

 

3. Laporan Pengunjung

Jika anda melakukan tetapan untuk merekodkan apa yang dicari oleh pengunjung/pelanggan di laman web anda, anda mampu melihat rekod ini.

Ini merupakan fungsi yang sangat menguntungkan jika anda mempunyai banyak jenis produk yang ditawarkan.

 

4. Ketahui Prestasi Setiap Halaman Di Laman Web

Ia membolehkan anda melihat artikel atau post mana yang mempunyai kadar pengunjung tinggi/rendah seperti dapat gambaran kasar mengenai topik yang digemari oleh pelawat

 

5. Perbezaan Laman Web Anda E-Commerce Atau Bukan

Tetapan tertentu di Google Analytics juga mampu membuatkannya mengenali sama ada laman web anda menawarkan konsep e-commerce atau tidak.  Sekiranya ia adalah sebuah laman web e-commerce, Google Analytics akan memberi lebih tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan penjualan secara online.

 

6. Analisa Prestasi Penjualan Di Atas Laman Web

Anda boleh mencipta conversion funnels sendiri dan menilai langkah atau halaman mana yang mempunyai rate of abandonment paling tinggi.

 

7. Sync Dengan Pelbagai Jenis Plugins Lain

Jika anda menggunakan laman WordPress dan plugin WooCommerce untuk menjual di kedai online anda, anda boleh dapatkan plugin sesuai dengan Google Analytics.