Perancangan perniagaan seringkali melibatkan faktor ekonomi, bukan sahaja kos untuk menghasilkan produk tapi juga untuk tujuan pemasaran. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memasarkan produk adalah melalui website.

Fungsi sebuah website dalam abad ke-21 ni tiada bezanya dengan sebuah kedai fizikal. Bayangkan sewaktu pelanggan datang ke kedai anda, mereka mengalami pengalaman yang negatif, rasa-rasanya mereka nak datang lagi tak? Sebab itulah, penghasilan website atau ‘kedai online’ anda ini tidak boleh diambil ringan.

Persoalannya, berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan platform yang sepenting ini? Mesti anda membayangkan kos yang mahal bukan?  Dan oleh sebab itu, ada yang berpendapat bahawa perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah menghasilkan website sendiri supaya dapat berjimat berkali ganda.

Tapi adakah tindakan menghasilkan website sendiri tanpa sebarang kepakaran ini berbaloi?

Dalam artikel ini, admin ingin kongsikan kenapa perkara yang terbaik adalah untuk mengupah pereka website sebenar untuk menghasilkan website anda.

Website Dengan First Impression Yang Baik

Website adalah kayu ukur yang penting dalam penilaian awal atau first impression pelanggan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh HubSpot, sebanyak 90% daripada pengguna internet akan meninggalkan website yang dilayari sekiranya website tersebut memiliki design yang tidak menarik hati. Sebaik mereka meninggalkan website, kemungkinan untuk mereka melayari kembali adalah sangat tipis.

Website yang dihasilkan oleh seorang professional akan mengelakkan hal ini daripada terjadi. Dengan khidmat daripada seorang pereka professional, anda boleh merealisasikan idea dan konsep yang terbayang di fikiran. Cakap sahaja apa yang anda inginkan, visual yang menarik? Plug-in yang dapat memudahkan pelanggan? Dan banyak lagi, semuanya boleh diatur dengan mudah tanpa anda perlu pening kepala.

Namun begitu, sekiranya anda memilih untuk menghasilkan website sendiri, pilihan design yang ada untuk website yang dihasilkan hanyalah terhad kepada template yang telah sedia ada. Ingin memasukkan elemen-elemen penting lain sendiri? Sebenarnya banyak lagi faktor teknikal yang perlu dipertimbangkan yang bakal membuatkan kepala anda berdenyut.

Membuka Ruang Untuk Perniagaan Anda Menjadi Lebih Berbeza Berbanding Pesaing

Memang tidak dinafikan bahawa template-template sedia ada yang ditawarkan untuk membuat website tak kurang menariknya, tapi template ini juga telah digunakan oleh ribuan atau jutaan lagi website lain, tanpa ruang untuk anda menjadi lebih unik dan kreatif.

Kalau website anda tidak memberikan kesan kepada pelanggan, agak mustahil untuk memastikan mereka memilih anda.

Website yang dihasilkan oleh pakar pula membolehkan anda untuk menggabungkan elemen-elemen yang unik dan bersesuaian dengan jenama. Boleh dikatakan setiap aspek rekaan website ini dapat menggambarkan personaliti perniagaan anda. Daripada warna sehinggalah kepada jenis tulisan yang digunakan, segalanya akan bergabung dengan sempurna.

Di samping itu, pereka website professional juga akan mengambil kira pelbagai lagi elemen spesifik lain yang diperlukan oleh perniagaan anda. Sebagai contoh, sekiranya perniagaan yang anda lakukan adalah restoran atau kedai makan, elemen yang boleh dimasukkan adalah fungsi untuk melakukan booking secara online, manakala untuk e-commerce pula, elemen yang penting adalah seperti kemudahan untuk mencari produk dan juga shopping cart. Ini membawa anda kepada point yang seterusnya…

User Experience (UX) Yang Dihasilkan Bersesuaian Dengan Perniagaan Dan Pelanggan Anda

Dalam dunia digital marketing, user experience adalah faktor yang paling utama. Apa itu User Experience (UX)? User Experience adalah berkaitan dengan bagaimana pengguna internet melayari atau mengakses website, pengalaman yang mereka lalui sepanjang menggunakan website.

Kalau tadi kita bercakap tentang betapa pentingnya design website yang menarik, tapi andai kata bab User Experience ini tidak dititikberatkan atau dalam erti kata lain website anda tidak berfungsi dengan baik, menyusahkan pengguna website, anda tidak akan berjaya menarik pelanggan.

Ini adalah antara faktor yang dapat memberikan kesan yang besar kepada UX website anda (dan sudah semestinya memberi impak kepada perniagaan anda):

  • Jangka masa yang diambil untuk loading: 93% daripada pengguna internet akan meninggalkan website sekiranya tidak loading dengan pantas.
  • Mobile responsiveness: 74% pengguna internet mengatakan bahawa mereka akan kembali melayari website yang pernah dilawati sekiranya mudah untuk digunakan melalui telefon pintar.
  • Kemudahan navigasi: Anda perlu memastikan bahawa pengguna website mudah untuk menemui apa yang mereka cari melalui website anda. Fungsi keseluruhan website perlulah straightforward atau tidak rumit.
  • Fungsi shopping cart: Untuk sebuah website e-commerce, sekiranya shopping cart tidak berfungsi dengan baik, pelanggan tanpa teragak-agak akan mencari website lain yang lebih memudahkan.

Sekiranya anda menghasilkan website sendiri, cukup sukar untuk anda mengawal kesemua faktor ini dengan efektif. Akibatnya? Anda akan kehilangan pelanggan dan keuntungan yang sepatutnya menjadi milik anda.

Tiada Yang Terlepas Pandang

Bila website anda dibina oleh seorang pakar yang dipercayai, anda sebenarnya telah berkerjasama dengan seseorang yang mengetahui setiap inci website milik anda. Kesannya, setiap aspek website dapat berfungsi dengan efisien.

Dengan kepakaran yang dimiliki, mereka tahu apa yang terbaik untuk website anda. Antaranya adalah seperti apa yang dikatakan dalam point sebelum ini, iaitu mobile responsive, sistem navigasi yang tip-top, integrasi media sosial, shopping cart yang berfungsi dengan elok, kesinambungan content yang sempurna, dan website yang memaksimakan SEO. Kesemua faktor atau elemen ini kebiasaannya anda akan terlepas pandang sekiranya menghasilkan website sendiri.

Sokongan Dan Juga Pembangunan Website Secara Berterusan

Website bukanlah satu platform yang boleh dibuat dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang modifikasi dari masa ke masa, kedai online anda ini mestilah melalui proses update, perkembangan, perubahan dan pembaikkan tanpa henti kerana ini akan memberi kesan kepada strategi SEO website anda. Google akan menaikkan ranking website sekiranya aktif dalam penghasilan content atau update.

Seorang website designer tahu setiap inci website yang telah dihasilkan, dan ini memudahkan mereka untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya timbul sebarang isu yang memerlukan penyelesaian sepantas yang mungkin. Kalau anda buat website sendiri? Boleh berdenyut kepala nak mencari solusi memandangkan anda berkemungkinan besar tidak begitu mahir dalam hal-hal yang terlalu teknikal.

Pendek kata, dengan bantuan pereka website yang professional, ia bukan hanya memudahkan kerja anda, tapi juga akan menjamin kejayaan perniagaan!