Apa itu networking dan kenapa anda perlu melakukannya?
Networking ialah aktiviti yang dilakukan untuk memperkembang hubungan bagi tujuan profesional atau kerjaya. Sebagai contoh, untuk mendapatkan pelanggan bagi servis ataupun produk anda. Untuk mengetahui manfaat networking dengan lebih detail, boleh lihat senarai di bawah:
- Membuka peluang perniagaan baru.
- Mendapatkan maklumat dalaman daripada mereka yang terlibat dalam industri tertentu.
- Membina perhubungan – kajian menunjukkan bahawa ramai orang lebih suka mengambil seseorang yang pernah dikenali untuk bekerja dengan mereka.
- Peluang kolaborasi
Besar sekali manfaat networking ni bukan? Persoalannya sekarang ni, apa yang perlu dilakukan untuk membina hubungan profesional?
#1 Sentiasa bernetworking
Peluang untuk bernetworking ada di mana-mana sahaja: majlis, meeting, perjumpaan dengan rakan-rakan dan macam-macam lagi. Di mana ada orang, di situ ada peluang networking.
Tapi, adakah ini bermaksud yang anda perlu bagi bisnes card dekat semua orang? Tidak. Apa yang anda perlu lakukan semasa membentuk hubungan ini adalah dengan menjadi pendengar yang baik. Mungkin anda akan terdengar masalah yang dihadapi mereka berkaitan dengan perniagaan yang dibuat. Bila ini berlaku, dengar dengan teliti, dan berikan pendapat yang membina serta tawarkan ‘pertolongan’ anda.
Dengan cara ini, anda telah membina network secara natural. Tindakan yang seterusnya adalah untuk follow up. Sebagai contoh, dengan menghantar link tentang apa yang anda perkatakan tadi atau sebagainya.
#2 Berkawan dengan Freelancer yang lain
“Apa? Kawan dengan freelancer lain?” Mesti ada yang berpendapat kenapa perlu berkawan dengan competitor pulakan? Tapi sebenarnya, dalam aspek networking, anda tak perlu memandang freelancers lain sebagai pesaing, tapi sebagai satu pasukan yang saling berkongsi idea, tools, tops, ilmu dan sebagainya.
Lagipun, barulah best bila ada geng untuk bersembang tentang perkara yang sama, atau berbincang tentang perkembangan terbaru industri dari masa ke masa, betul tak?
#3 Jadi seorang penghubung
Networking bukanlah semata-mata berkaitan dengan diri-sendiri, tapi juga tentang sesiapa sahaja yang anda kenali. Dalam hal ini, anda perlu tidak lokek untuk berkongsi maklumat tentang freelancer yang anda kenali kepada perniagaan atau freelancer lain yang memerlukan bantuan seseorang yang pakar dalam bidang tertentu. Tindakan ini akan membuatkan anda dihargai oleh yang lain kerana kesudian untuk berkongsi dan membantu. Hasilnya? Percayalah, satu hari nanti rezeki yang lebih besar akan datang kepada anda.
#4 Hadiri majlis yang relevan
Nak bernetworking tapi tak nak jumpa orang? Rugilah kalau macam tu. Banyak peluang anda akan terlepas. Aktifkan diri, hadiri workshop, event, perjumpaan atau sebagainya untuk bertemu dengan mereka yang berada dalam industri yang sama. Semakin kerap anda berjumpa dengan mereka, semakin friendly atau mesra hubungan antara satu sama lain, dan semakin banyaklah job yang akan masuk. Sambil-sambil tu, dapatlah anda belajar benda baru juga!
Tunggu apa lagi?
“Get out there and start networking!”
Selamat maju jaya!
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)