Program referral adalah salah satu teknik marketing atau teknik pemasaran yang terbaik dan paling mantap untuk memajukan perniagaan anda. Ia dapat membantu anda mengenali siapa pengguna yang paling berkesan dalam menyampaikan produk anda kepada awam dan dalam masa yang sama melipatgandakan keuntungan perniagaan.
Berdasarkan kajian, program referral mampu memberikan hasil pelaburan atau return-on-investment (ROI) yang besar iaitu sehingga 300% atau lebih!
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nielsen pada tahun 2012, 92% pengguna percaya kepada apa yang disampaikan oleh kenalan mereka mengenai sesuatu produk lebih daripada kepercayaan kepada iklan. Sebab itu, tak rugi untuk anda meleburkan sedikit wang bagi melancarkan program referral.
Masalahnya, program referral ini sebenarnya agak rumit untuk dilancarkan kerana melibatkan banyak bahagian. Untuk memudahkan anda, kami telah senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk melancarkan program referral yang berjaya.
1) Pastikan anda bermula dengan memilih produk yang menarik untuk disampaikan kepada orang ramai atau dalam erti kata lain produk yang ‘referrable’
Perkara paling utama perlu dilakukan untuk sebuah program referral yang berjaya adalah produk yang menarik. Salah satu cara yang boleh anda gunakan untuk mengesan produk yang menarik adalah dengan mengkaji brand mention melalui media sosial. Salah satu platform yang terbaik adalah Twitter di mana anda boleh search nama brand atau produk anda secara terus melalui Twitter atau dengan menggunakan tool seperti Mention.
2) Tetapkan insentif yang menarik untuk menggalakkan pengguna menyertai program referral
Pengguna memberi respon kepada insentif dan juga program referral dalam cara yang sama. Untuk mendapatkan hasil terbaik, anda perlu menggunakan cara yang terbaik. Sekiranya anda menggunakan insentif yang bersesuaian dengan jenis produk atau brand, anda akan mendapat lebih banyak referral.
Secara asasnya, anda boleh memberikan insentif dengan diskaun sebanyak 10 – 20% daripada harga asal produk. Sekiranya anda menjual sesuatu produk yang mahal, dengan nilai ribuan ringgit misalnya, peratusan yang lebih rendah boleh dikenakan.
Terdapat 2 bahagian insentif kepada referral:
- Referral Reward: Pemilik e-commerce membayar penyampai (pembuat referral) apabila penerima (referral lead) membuat pembelian.
- Friend Offer: Diskaun yang diberikan oleh penyampai referral kepada kenalan.
3) Hasilkan emel yang efektif untuk menggalakkan pengguna menjadi referral
Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan emel program referral yang mampu memberikan keuntungan. Secara asasnya, ini adalah antara perkara yang perlu anda pastikan:
- Jelas dan simple. Pelanggan tidak mahu membuang terlalu banyak masa membaca emel yang panjang.
- Subject line atau tajuk emel yang mantap. Tugas utama subject line adalah untuk memastikan penggunakan membuka emel mereka.
- Gunakan visual yang menarik perhatian.
- Tekankan call-to-action (CTA). Pembaca perlu faham apa yang mereka perlu lakukan tanpa mengambil masa yang lama.
- Tekankan motivasi atas pembelian. Pengguna perlu tahu kenapa mereka perlu buat apa yang mereka akan lakukan. Sekiranya anda menyampaikan emel kepada mereka, pastikan ianya penuh dengan manfaat yang menarik.
Sekirnya semua elemen ini diberikan perhatian yang terperinci, pelanggan anda pasti tak akan fikir dua tiga kali untuk membuat referral.
4) Capai seramai mana pengguna untuk menyertai program referral anda
Setelah mengkaji apa jenis produk dan juga insentif terbaik yang ingin digunakan dalam program referral, pastikan anda menyampaikan program ini kepada seramai yang mungkin.
- Sampaikan kepada pengguna atau pelanggan sedia ada melalui emel.
- Letakkan call-to-action (CTA) dalam semua promosi di semua platform.
5) Setkan peringatan atau reminder untuk memastikan produk dan juga program referral anda sentiasa berada di dalam perhatian pengguna.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Advisor Impact, 83% pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan ingin melakukan referral dengan hati yang terbuka, namun begitu, kurang daripada separuh atau hanya 29% orang yang betul-betul melakukannya. Sebabnya? Ramai orang mudah terlupa dalam hanya 20 minit selepas mengetahui sesuatu info! Lebih-lebih lagi dalam dunia internet yang dibanjiri dengan pelbagai informasi.
Sekiranya anda inginkan lebih ramai referral, pastikan anda memiliki cara untuk tidak menghilang dari fikiran pengguna. Yang penting, point paling asas yang mesti anda pastikan adalah produk yang menarik dan juga copywriting yang memukau. Namun selain daripada ini, anda juga perlu pastikan…
- Hantarkan emel selepas pembelian untuk menggalakkan referral. Pelanggan akan lebih tertarik untuk melakukan referral selepas membuat pembelian, oleh itu, ini adalah waktu terbaik untuk menarik mereka menjadi penyampai produk anda kepada orang lain.
- Hantarkan emel peringatan secara berkala dan postkan mengenai program referral anda di media sosial. Kadangkala penyampai atau referral tidak melakukan referral kerana mereka tidak pernah menemui sesiapa yang berkemungkinan memerlukan produk anda. Ini boleh berubah dari masa ke masa, jadi sampaikan juga info secara umum melalui emel dan juga media sosial secara berkala.
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)