Untuk mendapatkan sebuah website yang sempurna ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Mungkin anda mengambil jalan mudah dengan merujuk sahaja website lain yang telah siap dibina untuk menghasilkan website sendiri, namun pastikah anda yang website itu tidak melakukan sebarang kesilapan design? Anda tak akan tahu tanpa membaca artikel ini. Teruskan membaca untuk mengetahui betapa banyaknya kesalahan yang banyak website perniagaan di luar sana dah lakukan.

#1 Website yang tidak menjelaskan secara terus apa perniagaan yang dilakukan dan kenapa mereka mesti memilih anda.

Ini boleh dikatakan sebagai kesilapan terbesar! Kenapa? Kerana sebaik website anda terpapar di depan mata pengunjung, mereka akan membentuk first impression dalam hanya .05 saat atau hanya dalam 50 milliseconds (ms)! Anda perlu meletakkan produk atau servis yang ditawarkan dengan jelas, ini termasuklah elemen lain yang dapat menaikkan keyakinan pengunjung seperti testimoni, anugerah dan kerjasama yang dilakukan.

#2 Website yang tidak mobile-friendly

Keupayaan untuk digunakan secara mobile dengan penuh efisien adalah salah satu perkara utama. Kalau website anda nampak tak menarik atau susah untuk digunakan di dalam phone, upgrade website anda secepat yang mungkin. Bila website anda mobile-friendly, ia secara tidak langsung akan meningkatkan reputasi perniagaan kerana menampakkan yang perniagaan anda relevan. Di samping itu, bilangan orang yang lebih suka melayari internet melalui phone juga bukanlah sikit.

#3 Website mengambil masa lebih dari 3 saat untuk loading

Tiada siapa pun yang ada masa untuk menunggu, dengan adanya butang “back” untuk mereka klik dengan mudah, dah berapa pelanggan yang anda terlepas! Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, 93% daripada pengguna internet akan meninggalkan website  kalau mengambil masa untuk loading.

#4 Saiz tulisan website yang terlalu kecil dan tidak mudah untuk dibaca

Pernah tak rasa macam susah sangat nak baca teks sampai terpaksa mengecilkan mata bila lawat sesebuah website? Kalau pernah, tak ke rasa benda ni macam menyusahkan? Mungkin ada banyak lagi website yang menawarkan content yang sama dan lagi senang nak baca, jadi buat apa susahkan diri, betul tak? Oleh sebab  itu, jangan biarkan website anda sendiri membuat masalah sebegini.

#5 Website anda tidak patut ada terlalu banyak link yang membuka browser baru bila diklik

Ini adalah salah satu masalah yang menyumbang kepada user-experience yang negatif. Ia ibarat ‘mengalu-alukan’ pelawat untuk meninggalkan website anda kerana apabila browser yang baru dibuka, tiada butang “back” untuk diklik dan ini menyusahkan pengguna. Browser baru juga apabila terlalu banyak dibuka, berkemungkinan menyebabkan peranti menjadi lebih perlahan.

#6 Jangan letakkan ikon media sosial di atas website

Banyak website yang buat kesalahan ni! Persoalannya, kenapa perlu jemput pengguna website untuk keluar dari melayari laman web anda? Sekali mereka keluar sebab nak melayari media sosial, mereka akan mula tenggelam dalam dunia sama ada FB, Insta atau sebagainya dan terlupa tentang website anda. Letakkan ikon ni sama ada di tengah, bawah atau tepi, mana-mana je anda rasa sesuai, tetapi elakkan ruangan di atas.

#7 Content website tanpa heading (H1) atau subhead (H2)

Kebanyakan orang akan membaca hanya bahagian teks yang diberikan penekanan atau point penting sebelum mereka mengambil keputusan untuk membaca keseluruhan teks. Apabila page itu hanya dipenuhi dengan teks yang tak boleh dikesan tanpa dibaca dengan mendalam sebab ketiadaan heading / subhead, ini akan memberi kesan kepada pengalaman pengguna dan menyebabkan mereka meninggalkan website anda.

Sebab lain kenapa heading dan subhead penting adalah untuk memudahkan website anda ditemui dalam search engine. Google memproses lebih daripada 40,000 pencarian setiap saat menjadikan lebih daripada 5 billion pencarian dibuat dalam masa sehari. Jom mudahkan kerja Google dengan adanya markup heading / subhead ini.

#8 Website tanpa Contact Information yang mudah dijumpai

Sebaik tiba di homepage perniagaan, 64% daripada pelawat ingin melihat maklumat untuk dihubungi, dan 44 peratus daripada pelawat ini akan meninggalkan website sekiranya tiada sebarang informasi sama ada nombor telefon, alamat, contact form, emel, atau kemudahan lain untuk menghubungi anda, mereka yang sepatutnya menjadi customer anda akan kecewa dan meninggalkan website.

#9 Website anda tidak menggunakan HTTPS

Tanpa HTTPS, anda mendedahkan website kepada serangan siber. Tak kisahlah sama ada website anda adalah sebuah e-commerce ataupun tidak, sekiranya anda mengambil sebarang maklumat daripada pengunjung seperti nombor telefon, emel atau sebagainya, anda perlu pastikan website anda memiliki keselamatan yang sepatutnya. Jika tidak,  ia juga akan menjatuhkan ranking website anda di search engine Google memandangkan Google lebih menghargai website yang memiliki ciri keselamatan yang baik.

Diharapkan artikel kali ini dapat membantu anda mendapatkan hasil yang diinginkan daripada website yang dimiliki. Percayalah, wang yang dilaburkan untuk mendapatkan khidmat profesional dalam menghasilkan website adalah satu perkara yang tidak sia-sia.

Selamat maju jaya!