Dalam artikel kali ini, admin kongsikan kesemua langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda sebagai usahawan eCommerce pada tahun 2020.

#1 Hasilkan website yang menarik

Website adalah lokasi pertama yang mempertemukan anda dengan prospek atau bakal pelanggan. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki website yang menarik dan kelihatan profesional untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan. Ini adalah antara perkara yang boleh anda berikan perhatian untuk membina website yang menarik:

Website yang pantas

Tahukah anda bahawa hanya kerana kelewatan 1 saat dapat memberi kesan kepada perniagaan anda kerana akan berlakunya pengurangan kadar penukaran sehingga 7%  (conversion rate). Kadar penukaran adalah seperti pembelian, perkongsian maklumat dengan pelanggan (subscription) dan sebagainya yang memerlukan tindakan daripada pelanggan.

Navigasi website yang simple

Sekiranya navigasi website merumitkan, pengguna akan lari (bounce off) daripada website anda dan berkemungkinan besar tidak akan kembali.

Gunakan jenis tulisan dan imej yang menarik

Berdasarkan survey, 67% pengguna memaklumkan bahawa imej produk memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelian.

#2 Maksimakan Fungsi Shipping

Interaksi dengan pelanggan tidak terhenti sebaik mereka menempatkan tempahan. Secara purata, pelanggan akan membuka emel pengesahan pembelian sebanyak 1.5 kali. Oleh sebab itu, dalam emel pengesahan pembelian, anda perlu memasukkan link kepada tracking page (untuk mengesan pergerakan produk dibeli) termasuklah info berkaitan promosi terbaru atau tawaran produk top-selling untuk memancing pembeli untuk melakukan lebih pembelian. Di samping itu, anda boleh menawarkan shipping percuma, ya, ini adalah teknik yang cukup berkesan untuk menarik pelanggan. Siapa tak tertarik dengan perkataan ‘percuma’?

#3 Tawarkan Perkhidmatan Pelanggan Yang Mantap

Tiada pelanggan, tiadalah jualan. Sekiranya anda ingin boostkan perniagaan, motto penting adalah untuk memuaskan hati pelanggan.

Pelanggan yang berpuas hati akan lebih terbuka hati untuk berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain. Word of mouth ataupun penyebaran maklumat dari mulut ke mulut adalah strategi yang efektif untuk menaikkan nama perniagaan anda. Apabila orang ramai  mendengar review yang positif tentang mana-mana perniagaan, semakin ramai prospek akan tertarik. Ini juga dapat menarik pelanggan yang lama supaya kekal membeli daripada anda.

Cara-cara lain untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan adalah seperti dengan menawarkan respon yang pantas kepada segala persoalan yang mereka miliki, memberikan tawaran yang disesuaikan dengan pelanggan (personalized offer), dapatkan review daripada pembeli atau hantar survey. Tunjukkan kepada mereka yang anda mengambil berat dan buat mereka rasa dihargai.

#4 Bina Kepercayaan

Taktik seterusnya yang dapat membantu meningkatkan nama perniagaan adalah dengan membina kepercayaan pelanggan. Semakin ramai pelanggan yang tahu kewujudan bisnes anda dan percaya dengan perniagaan anda, semakin tinggi potensi untuk jualan semakin meningkat.

Untuk menghasilkan imej yang positif, anda perlu fokus kepada kualiti. Jual produk yang berkualiti tinggi, tawarkan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan hati, hasilkan content yang padat dengan informasi (untuk mendidik pelanggan) dan bekerjasama dengan influencer yang terkenal  dalam industri anda.

#5 Hantar Emel Pada Waktu Yang Tepat

Pada tahun 2019 sahaja terdapat sehingga 3.9 billion pengguna emel yang aktif. Sekiranya marketing secara emel dilakukan dengan betul, anda dapat meningkatkan bilangan pelanggan yang setia dengan produk anda. Banyak eCommerce yang menghantar newsletter secara mingguan kepada pelanggan supaya pelanggan celik tentang update terbaru bisnes anda dari masa ke masa (dengan tujuan untuk menyebarkan promosi terbaru / pelancaran produk dan sebagainya).

Anda boleh menggunakan emel untuk menyebarkan diskaun eksklusif atau apa sahaja tawaran istimewa kepada pelanggan tetap/setia. Dengan tawaran sebegini, pelanggan akan tergoda untuk membeli walaupun pada awalnya tiada niat untuk berbelanja.

#6 Aktif Di Media Sosial

Secara anggarannya terdapat 2.65 billion pengguna media sosial di seluruh dunia. Sekiranya anda ingin perniagaan ditemui pelanggan, anda perlu memastikan perniagaan wujud di media sosial. Ini tidak bermakna anda perlu memiliki semua saluran media sosial yang ada, anda hanya perlu kaji di mana kebanyakan prospek anda berada. Sebagai contoh, sekiranya target customer anda adalah mereka berusia dari 18 ke 30 tahun, Instagram adalah antara social network yang terbaik.

Bina media sosial untuk bisnes anda dan mula berinteraksi dengan mereka. Faham apa yang mereka inginkan dan hasilkan iklan yang berkesan.

#7 Jalankan Promosi Yang Strategik

Tidak dinafikan bahawa eCommerce adalah satu industri yang cukup kompetetif. Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih ramai pelanggan, anda perlu menawarkan diskaun atau apa sahaja promosi yang menarik. Dengan adanya tawaran sebegini, perniagaan anda akan lebih menyerlah di mata pelanggan.