Apakah tips yang wajib usahawan tahu dalam pembinaan website? Kerana wujudnya banyak persaingan dengan perniagaan lain, sebagai usahawan, anda mestilah cuba sedaya upaya untuk tidak kehilangan pelanggan dan membiarkan mereka ‘tergoda’ dengan peniaga lain. Dalam arena persaingan yang sengit ni, ada beberapa perkara yang dapat memberikan kekuatan kepada bisnes anda. Berikut, admin kongsikan tips penting yang mesti anda pertimbangkan dalam pembinaan website yang juga kedai online anda.

#1 Pastikan siapa target customer anda

Kenalpasti siapa target customer atau pelanggan yang disasarkan. Ramai pemilik perniagaan tidak mempertimbangkan perkara ini sehingga website mereka seolah-olah cuba untuk menarik perhatian “semua orang” atau lebih tepat lagi, tiada sasaran yang tepat. Dengan lebih daripada 16 juta website online dilancarkan setiap bulan, anda perlu cuba menjadi lebih menyerlah dan memiliki target yang jelas.

Melalui tindakan ini, anda bakal menjemput pelanggan yang betul-betul memerlukan anda. Hasilnya? Mereka akan bayar tepat pada waktu dan berkemungkinan besar akan mewar-warkan perniagaan anda kepada yang lain.

Macam mana nak target customer? Kenalpasti faktor-faktor seperti lokasi, umur, hobi atau apa sahaja yang bersesuaian untuk menjadi customer anda. Kaji, kaji dan kaji, tak rugi!

#2 Penulisan yang memukau

Imej-imej yang menarik adalah penting untuk mengambil perhatian pelanggan. Namun tanpa penulisan atau copywriting yang menarik, website anda tak akan berjaya membuat pengunjung membeli barangan yang dijual atau mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Dalam copywriting, pastikan content yang dihasilkan dapat menyatukan anda dan target customer. Tulis dalam bahasa yang mudah difahami serta berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang terlalu teknikal, mudahkan mereka untuk faham (bergantung kepada target customer). Gunakan juga ayat-ayat berbentuk soalan untuk mengajak pembaca berfikir. Jangan risau, ada banyak tips copywriting yang boleh anda rujuk melalui internet.

#3 Bina kepercayaan pelanggan

Bagaimana ingin membina kepercayaan pelanggan? Caranya adalah dengan menggunakan testimoni atau review. Letakkan pendapat-pendapat yang pernah dikongsikan oleh pelanggan sebelum ini di dalam website anda. Testimoni dan review dapat meningkatkan kredibiliti bisnes.

#4 Call-to-action yang jelas

Pengunjung website perlu tahu apa yang website anda cuba sampaikan. Pengunjung hanya mengambil masa sependek 3 saat untuk menilai website, oleh sebab itu, sebagai pemilik website, anda perlu tahu apa gol yang ingin dicapai. Anda perlu menghasilkan link atau button yang membantu menunjukkan pengunjung apa yang perlu dilakukan seterusnya, inilah yang dipanggil sebagai call-to-action (CTA). Antara contoh call-to-action adalah “dapatkan quote harga secara percuma” atau “hubungi kami sekarang.” CTA membantu pengunjung mengambil tindakan, yang kemudiannya berkemungkinan besar menjadi pelanggan anda.

#5 Hasilkan borang “lead capture”

Website adalah senjata utama untuk anda meningkatkan jumlah subscriber dengan menggunakan email marketing. Email marketing adalah salah satu cara yang terbaik untuk membina hubungan dan kepercayaan dengan pelanggan atau target customer. Oleh sebab ini, anda perlu menghasilkan borang lead capture. Borang lead capture ini terdiri dari dua perkara:

1) Borang opt-in, dan

2) Lead magnet

Borang “opt-in” akan mengutip maklumat seperti nama, emel, alamat dan nombor telefon daripada pengunjung. “Lead magnet” pula adalah insentif yang anda tawarkan sebagai ganjaran atas perkongsian maklumat tadi. Antara insentif atau lead magnet yang boleh anda tawarkan adalah seperti eBook percuma, webinar percuma atau kelas percuma. Lebih menarik dan lebih besar ganjaran, lebih besar potensi untuk pengunjung sign-up dalam email list anda.

Maklumat yang berjaya dikutip dalam borang opt-in itu tadi boleh diintegrasikan dengan  platform email marketing seperti ConvertKit dan MailChimp. Dari sini, anda boleh mula membesarkan empayar perniagaan anda dengan melakukan email marketing. Kalau anda nak tahu, email marketing adalah 40 kali ganda lebih berkesan dalam menarik pelanggan baru berbanding media sosial.