Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Alexa, 80% daripada website yang berada di kedudukan teratas adalah website yang mobile-friendly. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud mobile-friendly ni sebenarnya?
Sebuah website yang mobile-friendly atau mesra peranti mudah alih bukan sekadar mudah untuk dibaca dan mudah untuk diklik bila dilayari melalui phone, ada banyak lagi faktor lain yang membolehkan sesebuah website diklasifikasikan sebagai website yang mobile-friendly.
Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat apa sebenarnya yang perlu anda buat untuk memiliki sebuah website yang menarik untuk dilayari melalui peranti mudah alih.
#1 Install theme yang responsif
Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan WordPress, anda boleh pergi ke dashboard WordPress dan klik pada “appearance,” kemudian “themes,” dan kemudian “install themes.” Di sini anda boleh taip “responsive” pada bahagian search bar untuk mendapatkan senarai semua theme yang responsif. Terdapat beratus pilihan termasuklah yang percuma dan premium. Pilih sahaja mana-mana daripada theme yang disenaraikan untuk mendapat versi website yang mobile-friendly. Settle sudah langkah pertama.
#2 Menu yang simple
Memandangkan website yang dipaparkan secara mobile adalah lebih kecil berbanding pada desktop, anda perlu merancang untuk menghasilkan menu yang simple. Jadikan menu lebih padat dan tepat, tanpa pilihan yang terlalu banyak. Abaikan apa yang tak penting dan hanya masukkan pilihan yang betul-betul relevan sahaja. Dalam proses mengecilkan pilihan menu yang ada, anda boleh memerah otak memikirkan apa menu yang boleh digabungkan menjadi satu dan apa yang boleh dibuang. Semua pilihan yang ada sepatutnya boleh dimuatkan pada skrin mobile.
Selain itu, anda juga mungkin perlu membuang sidebar memandangkan paparan mobile akan menolak sidebar ini ke bahagian paling bawah.
#3 Pendekkan sebarang “form” yang ada
Anda perlu pastikan semua aspek website adalah se-simple yang mungkin. Buang apa yang tak penting dalam form. Sebagai contoh, salah satu form yang wujud dalam ecommerce adalah checkout. Sekiranya bahagian checkout terlalu panjang dan menyusahkan, pengguna akan mengabaikan pembelian.
#4 Design yang simple
Design yang simple akan membantu mengekalkan perhatian pengguna. Anda perlu memastikan segala elemen dalam website mudah untuk diakses dan dalam masa yang sama tetap sedap dipandang mata serta kelihatan profesional.
#5 Letakkan search box
Apa? Tak larat nak fikir macam mana nak pendekkan lagi pilihan menu? Jangan risau, letakkan sahaja search box untuk settlekan isu ni. Dengan adanya kemudahan untuk pengguna search apa yang mereka ingin dapatkan melalui website anda, tak perlulah lagi anda pening kepala berfikir macam mana nak pendekkan menu.
#6 Butang yang besar
Anda perlu memastikan yang terdapat ruang yang cukup dan selesa untuk pengguna menekan / klik pada apa-apa butang atau link yang ada.
#7 Saiz imej yang optimal
Salah satu perkara yang paling penting untuk anda pastikan adalah saiz imej. Penting untuk saiz imej adalah sekecil yang mungkin tanpa merosakkan kualiti imej. Sebab kenapa anda perlu mengurangkan saiz imej adalah kerana bandwidth di dalam phone adalah jauh lebih kecil berbanding desktop, maksudnya di sini, imej yang sama akan mengambil masa yang lebih lama untuk loading di dalam phone.
#8 Jangan menggunakan pop-ups
Bila pop-ups terpapar dalam website versi mobile, ia akan menyusahkan pelawat kerana terpaksa menekan butang “X” yang terlalu kecil. Ini sudah semestinya akan memberi kesan kepada user experience.
Lain-lain FAQ berkaitan website yang mobile-friendly:
#1 Bagaimana website boleh mengesan sekiranya ianya dilayari melalui peranti mudah alih atau desktop?
Cukup mudah untuk sesebuah website mengesan apa jenis peranti yang digunakan oleh pelawat semasa melayari website anda kerana kebiasaannya “server scripting language” turut memuatkan kod yang dapat membantu pengesanan.
#2 Kenapa website yang mobile-friendly penting?
Tanpa website yang mobile-friendly, pengguna tidak akan tertarik untuk melayari website anda kerana user experience yang tidak memuaskan hati dan menyusahkan.
#3 Adakah website saya mobile-friendly?
Anda boleh menyemak sekiranya website anda mobile-friendly atau tidak dengan menggunakan sistem yang ditawarkan Google iaitu Webmaster Tool.
Dah faham betapa pentingnya “mobile-friendliness” untuk website anda? Jangan buang masa lagi kerana masa itu emas, semakin lambat anda bertindak, semakin banyak pelawat yang akan hilang tak kembali. Selamat maju jaya!
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)