Tak dapat dibayangkan bagaimana situasinya kalau tiba-tiba sahaja sesuatu perkara yang kita selalu guna mati atau tak wujud lagi. Dalam artikel kali ini admin nak kongsikan ramalan yang pernah dibuat oleh dunia internet sekiranya Google mati atau down? Soalan ini pada asalnya ditanya dalam platform soal jawab Quora dengan soalan berbahasa Inggeris yang berbunyi:
“What would happen if Google were to shut down for 30 minutes?” – Ashish Kedia
Atau dalam bahasa Melayunya, “Apa yang akan berlaku kalau Google tidak hidup selama 30 minit?”
Untuk pengetahuan anda, pada bulan Ogos 2013, Google dan kesemua servicenya pernah down dalam masa sekitar 2 ke 3 minit. Pada masa itu, keseluruhan trafik internet jatuh sehingga 40%. Insiden yang sama juga pernah dilaporkan berlaku pada bulan Mei 2009. Ini baru 2 ke 3 minit je, bayangkan bagaimana situasinya kalau perkara ni berlaku dengan lebih lama contohnya dalam 30 minit?
Berkemungkinan besar ini yang akan terjadi…
#1 Pada beberapa minit yang awal, orang ramai akan melihat sambungan internet mereka, sesetengahnya akan menghubungi Service Provider mereka. Sesetengah orang juga mungkin akan mengkaji sekiranya terdapat sebarang kerosakan hardware.
#2 Orang ramai mula sedar yang mana-mana perkara di atas bukanlah puncanya. Ramai yang mula rasa tak percaya, mereka cuba dan cuba untuk refresh Google buat beberapa kali.
#3 Penduduk dunia mula mengambil screenshot Google Server Error Page.
#4 FB Newsfeed, Twitter dan segala platform media sosial akan dipenuhi dengan berita atau perkongsian tentang kejadian pelik ni.
#5 Orang ramai mula mencari enjin pencarian yang lain.
#6 Trafik tiba-tiba naik dengan tinggi untuk search engine yang lain daripada Google seperti Bing, DuckDuck Go dan Yahoo.
#7 Orang ramai yang sebelum ini menggunakan Chrome akan bertukar kepada browser lain seperti Firefox.
#8 Banyak aplikasi internet yang menggunakan Google Services turut tidak dapat diakses. Sebagai contoh, GMail, apabila platform ini tidak dapat digunakan selama 30 minit, produktiviti di seluruh dunia jatuh merundum.
#9 Lebih sedih, bagi sesiapa yang menggunakan maklumat Google (Gmail) untuk mengakses masuk atau log in banyak platform lain.
#10 Bayangkan berapa banyak jumlah kerugian yang dihadapi oleh bisnes-bisnes yang bergantung kepada internet?
Selepas Google kembali:
#1 Google akan mengeluarkan kenyataan kepada media untuk menjelaskan situasi.
#2 Tech savvy atau mereka yang pintar IT di seluruh dunia akan cuba mengkaji dengan mendalam punca-punca kejadian ini berlaku
#3 Ramai orang membuat spekulasi bahawa semua ini adalah disebabkan sekumpulan hackers yang mahir.
#4 Media akan mula menghubungi pakar-pakar teknologi untuk menganalisis situasi.
#5 Ramai pengguna mula mencari alternatif lain.
Anda setuju dengan semua ramalan ini?
Sumber: 1
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)