Pernah tak anda rasa tiba-tiba sahaja sambungan internet di rumah lebih perlahan daripada biasa? Atau semasa anda sedang sibuk bervideo call, tiba-tiba sahaja orang lain tak dapat mendengar suara anda? Ini maksudnya anda perlu selidik sambungan internet rumah atau ambil langkah yang sepatutnya untuk meningkatkan kualiti sambungan.

Dalam artikel kali ini, admin nak kongsikan lima langkah yang anda boleh buat untuk memastikan internet anda sentiasa mantap.

#1 Hadkan bilangan pengguna internet di rumah.

Semakin ramai orang yang menggunakan wifi di rumah, semakin perlahanlah kelajuan internet. Sekiranya anda sudah tahu yang anda akan menerima panggilan penting, bincang dengan ahli keluarga yang lain untuk tidak menggunakan internet ketika itu atau kurangkan penggunaan internet daripada biasa. Aktiviti seperti video streaming (Netflix, YouTube dan sebagainya) atau permainan video online ialah antara aktiviti yang menggunakan banyak bandwidth network rumah.

#2 Hentikan penggunaan yang tak perlu

Tutup tab-tab yang tak digunakan dalam browser anda. Jangan lupa juga untuk memangkah program lain yang memerlukan internet.  Semakin kurang tab, window-window atau program-program yang memerlukan internet, semakin lancar dan lajulah internet anda.

#3 Bekerja berdekatan router

Router ialah alat yang ‘menyebarkan’ internet melalui WiFi di rumah anda. Semakin hampir komputer atau apa sahaja peranti yang anda gunakan dengan router, semakin kuatlah sambungan atau signal yang anda dapat. Anda boleh lihat sekuat mana ‘tarikan’ internet dengan cara melihat berapakah bilangan bar WiFi dalam peranti yang anda gunakan.

#4 Gunakan wayar untuk sambungan terus kepada router

Sekiranya WiFi anda tak begitu stabil, gunakan sambungan dengan wayar. Anda boleh plug in secara terus kepada router untuk mendapatkan signal yang terhebat dalam rumah.

#5 Semak kelajuan sambungan anda

Anda boleh lihat sebanyak mana gigabyte per saat disalurkan kepada anda. Hanya taip “Internet Speed Test” untuk membuat speed test internet secara percuma. Tekan “Run Test” untuk memulakan ujian kelajuan. Sekiranya anda lihat internet anda sangat lemah, boleh hubungi internet provider anda untuk mendapatkan lebih info mengenai masalah yang dilalui atau untuk mengetahui pakej internet lain yang mungkin lebih baik.

Akhir kata…

Diharapkan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk menjalankan kerja dari rumah dengan selesa tanpa perlu lagi menempuhi gangguan sambungan internet. Selamat maju jaya!