Dari minit pertama terjaga dari tidur sampailah sekarang, tak datang-datang lagi idea nak menulis content apa untuk blog atau update media sosial? Di sini admin kongsikan 12 penjana topik automatik terbaik yang boleh digunakan untuk menjimatkan masa dan menghilangkan pening kepala dalam memerah otak bagi mencari topik.
Nak tahu apakah platform-platform yang dimaksudkan? Teruskan membaca!
Tips: Kebanyakan website yang admin kongsikan ini memiliki penggunaan yang meluas oleh pengguna bahasa inggeris, oleh itu, anda boleh mendapatkan hasil yang optimum sekiranya menggunakannya dalam bahasa Inggeris melainkan dinyatakan sebaliknya.
#1 Google Trends
Penting untuk anda tahu apakah isu yang tengah trending sekarang ni untuk mencari idea content. Sebagai contoh, andai kata anda ada sebuah blog berkaitan kucing, cuba taip perkataan ‘kucing’ dan lihat apakah keyword yang terpapar dalam ‘related queries.’ Inilah di mana trend pencarian terkini dapat dilihat. Sekiranya isu ‘kucing merajuk’ menjadi topik terhangat, anda boleh pertimbangkan untuk menulis tentang ini.
Anda boleh mencari artikel sedia ada yang telah pun ditulis berkaitan isu ini dan letakkan perisa anda sendiri bagi menarik perhatian orang ramai. Kalau anda menulis tentang benda yang sama 100%, content anda tiada bezanya dengan orang lain. Anda boleh menggunakan bahasa Melayu dalam menggunakan sistem ini.
#2 Answer the Public
Answer the Public ialah kemudahan pencarian keyword lain yang boleh anda gunakan untuk menjana idea secara percuma. Anda boleh memasukkan keyword apa-apa sahaja idea rawak yang datang di fikiran, dan sebuah diagram akan terbentang di depan mata anda memaparkan senarai soalan yang sering ditanya orang ramai.
#3 Buzzsumo
Buzzsumo akan melakukan carian internet tentang topik yang banyak dibualkan berkaitan dengan industri anda. Dengan menggunakan sistem Buzzsumo, anda tak perlu meneka apa yang orang ramai nak tahu, kerana segalanya akan dilakukan oleh sistrem.
Senarai yang dipaparkan disenaraikan mengikut turutan populariti online. Anda boleh menggunakan sistem filter yang disediakan untuk memperkecilkan lagi carian berdasarkan tarikh, sumber informasi dan banyak lagi. Namun begitu, untuk menggunakan platform ini, anda akan dicaj, tapi terdapat trial percuma selama 7 hari.
#4 Quora
Quora adalah sebuah online platform yang boleh digunakan untuk bertanya kepada orang ramai apa-apa sahaja soalan tentang apa topik sekalipun. Ini tidak bermaksud anda perlu bertanya soalan untuk mencari idea, tapi apa yang admin maksudkan adalah anda boleh mecari keyword dengan menggunakan searchbox website ini untuk melihat senarai soalan yang pernah ditanya orang lain.
#5 Ubersuggest
Ubersuggest boleh memberikan idea keyword yang penting termasuklah idea content (sama seperti Buzzsumo).
#6 People also ask
Dah taip sesuatu dalam Google? Cuba lihat ada tak bahagian yang dinamakan “People also ask”?
Kalau ada, anda boleh menggunakan senarai itu sebagai idea kerana ini biasanya adalah soalan yang sering ditanya oleh orang ramai.
#7 Keyword Tool (autocomplete)
Cara paling simple ialah menggunakan Google search atau apa-apa sahaja enjin pencarian yang lain dengan menaip apa-apa sahaja keyword (tanpa perlu buat ayat sempurna) kerana kebanyakan search engine akan menyenaraikan secara automatik apa yang sering dicari orang ramai dengan menggunakan keyword tersebut.
#8 Twitter
Gunakan media sosial seperti Twitter untuk mencari idea. Anda boleh melihat hastag yang sedang trending ataupun bertanya kepada pengikut di Twitter tentang apa yang mereka suka, ingin tahu atau sebagainya. Anda juga boleh menggunakan polls untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai tentang apa yang mereka nak tahu mengenai industri anda.
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)