Web hosting adalah salah satu daripada perkara yang terpenting bagi sesebuah website. Ini kerana, kebanyakan kejayaan sesebuah website terletak pada strategi dan kualiti web hosting.

Dalam artikel kali ini, admin ingin kongsikan apa sebenarnya web hosting dan apakah kepentingan sistem ini kepada website.

Apa itu web hosting?

Web hosting ini secara asasnya adalah ‘ruang’ yang anda beli di dalam web server untuk menyimpan fail website anda. Web hosting membolehkan fail yang dimasukkan di dalam website untuk dipaparkan secara online. Pendek kata, setiap website yang anda dapat layari telah di‘hosted’ oleh sebuah server. Setiap kali seseorang menaip nama website anda pada ruang pencarian internet seperti Google, host anda akan menyalurkan semua fail berkaitan website anda. Untuk mendapatkan servis ini, caj akan dikenakan oleh syarikat yang menguruskan hosting tersebut.

Secara umumnya terdapat pelbagai jenis hosting yang ditawarkan di luar sana, namun begitu ini adalah top 3 web hosting yang ada:

  1. Shared
  2. Dedicated
  3. Cloud

Daripada ketiga-tiga hosting yang popular ini, yang paling banyak digunakan adalah shared web hosting. Hosting ini membenarkan banyak website untuk berkongsi server yang sama. Untuk website yang lebih laju dan mampu menampung trafik tinggi, sesetengah pemilik website memilih untuk menggunakan dedicated hosting atau cloud hosting.

Kenapa web hosting yang berkualiti itu penting?

#1 Kelajuan

Siapa yang sanggup menunggu? Google akan ‘pandang sebelah mata’ website anda kerana membuat pelawat menunggu. Berdasarkan data, 40% pengunjung website akan meninggalkan laman yang dilayari sekiranya website loading lambat walaupun hanya 3 saat. Nak tingkatkan ranking SEO? Dapatkan khidmat daripada syarikat hosting yang berkualiti tinggi.

#2 Memantapkan tahap keselamatan website

Risiko untuk website digodam agak tinggi sekiranya website tidak diselenggara dengan baik. Google akan ‘hilang kepercayaan’ kepada website anda yang kemudiannya memberi kesan kepada ranking SEO. Namun sekiranya anda memiliki hosting yang baik untuk website, semua aspek penting website anda akan berada dalam kawalan (contohnya: antivirus dan firewall). Selain itu, hosting yang berkualiti kebiasaannya memiliki beberapa lapisan keselamatan yang mantap untuk melindungi website anda.

#3 Lokasi

Seperti yang dikatakan tadi, web hosting adalah server di mana semua data website anda tersimpan, Google mengambil kira IP address server anda dan ini memberi kesan yang besar kepada ranking SEO. Untuk memastikan ranking yang tinggi, sebaiknya anda mendapatkan host di dalam negara sendiri. Secara tidak langsung, ia juga membantu website anda untuk loading dengan pantas.

#4 Mengurangkan ‘downtime’

Downtime adalah waktu ketika website anda tidak boleh diakses oleh pelawat. Jangka masa downtime boleh jadi hanya beberapa saat atau berjam lamanya. Dalam waktu downtime, anda berkemungkinan besar hilang banyak peluang untuk menghasilkan keuntungan kerana pelawat akan mencari website lain. Namun begitu, risiko ini boleh dielakkan sekiranya anda mendapatkan khidmat web hosting daripada organisasi hosting yang boleh dipercayai dan yang menawarkan uptime yang tinggi.

#5 Sistem emel khas untuk domain

Pakej web hosting selalunya lengkap dengan kemudahan emel yang di‘link’kan kepada laman web atau domain anda. Dengan cara ini, emel anda lebih mudah diingati kerana bersamaan dengan website. Contohnya, sekiranya nama website anda domain123.com, emel yang boleh dibuat adalah seperti abu@domain123.com. Emel seperti ini juga menjadikan perniagaan anda kelihatan profesional.

#6 Kemampuan untuk menerima trafik yang tinggi

Terdapat kemungkinan untuk website anda menerima trafik yang terlalu tinggi sehingga menghadapi downtime. Untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh memilih pakej web hosting yang bersesuaian. Dalam hal ini, dedicated web hosting adalah yang terbaik kerana ia mampu menerima trafik semaksimum yang mungkin.

#7 Sokongan teknikal yang mantap

Bila anda mendapatkan servis web hosting daripada organisasi yang  memiliki reputasi yang baik, anda tak perlu pening kepala menguruskan hal-hal hardware atau teknikal.  Kakitangan web hosting dapat mengembalikan website anda sepantas yang mungkin sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Inginkan web hosting yang berkualiti? Boleh hubungi IWHost untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan perkhidmatan hosting yang ditawarkan.