Semasa melayari internet, anda sebenarnya sedang melakukan aktiviti mengakses remote files (fail-fail terasing) yang tersimpan di dalam web servers. Semakin laju remote computer, semakin cepat pengguna dapat mengakses laman yang dibuka. Inilah sebabnya kenapa anda tidak boleh ambil ringan hal-hal pemilihan pakej web hosting. Nak tahu bagaimana cara untuk membuat pilihan terbaik? Boleh teruskan membaca.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Pakej Web Hosting Yang Ideal

  • Hard Drive Yang Laju: Kelajuan pemprosesan oleh Solid State Drive (SSD) adalah jauh lebih tinggi berbanding hard drive biasa.
  • Kedudukan: Anda perlu memastikan kesemua database ditempatkan di dalam web server yang sama untuk mendapat kelajuan yang maksima. Ini adalah bertentangan dengan idea untuk meletakkan data-data di dalam server berlainan seperti yang berlaku dalam pakej shared web hosting.
  • Dedicated Resources: Pakej VPS atau dedicated server dapat menyelamatkan anda daripada pening kepala dengan gangguan capaian yang disebabkan oleh campuran data-data daripada website lain.
  • Enhanced Resources: Pakej web hosting bertaraf premium biasanya ditawarkan dengan kebolehan kuasa dan memori yang jauh lebih tinggi. Gabungan kedua-dua elemen ini dapat memantapkan lagi kelajuan website kerana requests (permintaan) akan diproses dengan lebih cepat. Untuk tujuan ini, anda boleh menaiktaraf daripada pakej shared web hosting kepada VPS.

Berbaloikah untuk upgrade kepada pakej VPS atau dedicated ni? Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan, website yang menerima upgrade kepada VPS menunjukkan peningkatan kelajuan loading sehingga 62% lebih tinggi daripada sebelumnya. Namun begitu, dalam masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan website yang loading dengan pantas sekiranya data yang dimasukkan di dalam website tidak terlalu banyak.

Kenapa Kepantasan Loading Website Itu Penting?

Pertama, website yang loading dengan pantas akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat ranking yang tinggi di dalam enjin pencarian.

Kedua, website yang loading dengan pantas akan memberikan pengalaman yang positif kepada pelawat. Kalau diikutkan, siapa yang sanggup tunggu website yang loading dengan perlahankan? Ini secara tidak langsung juga memberi kesan kepada kadar tindakbalas (pembelian, subscription dan sebagainya)  yang akan diterima daripada pengguna.

Segala keputusan berada di tangan anda. Perlukan lebih info berkaitan pakej web hosting? Boleh hubungi kami di iWHost, kami sentiasa bersedia untuk membantu.