1. Post gambar yang menarik, cerah, dan berwarna.
Instagram merupakan platform salah satu platform utama untuk menaikkan branding anda, lebih2 lagi jika
anda mahukan interaksi yang tinggi dengan pelanggan anda. Dalam hal ini, objektif anda ketika post gambar perlulah dari segi gambar atau video yang menyentuh perasaan – gembira, menghiburkan, menaikkan semangat atau macam2 lagi. Gambar yang berkualiti dan berwarna merupakan antara post yang paling mendapat perhatian.
2. Filter
Mungkin pada kita filter yang dah ditetapkan, cantik & menarik. Tapi ingat, itu bagi kita, objektif utama adalah pelanggan kita. Jadi jangan gunakan filter yang berlebihan. Di Instagram, pengguna lebih suka gambar yang real.
3. Gunakan Hashtag Sebaik Mungkin
Penggunaan hashtag adalah antara cara yang terbaik untuk mencapai bilangan audience di Instagram. Namun, sesetengah pengguna meletakkan terlalu banyak hashtag yang tidak relevan. Caption yang dibanjiri dengan hashta
g juga merosakkan post anda. Jika anda gunakan hashtag, pasti kan secara minimal dan hanya gunakan keyword yang relevan sahaja.
4. Gunakan tab EXPLORE sebaik mungkin.
Explore tab di Instagram adalah tempat dimana gambar2 dan
video2 popular dipaparkan. Gambar2 yang ditunjuk di sini
telah di klasifikasikan mengikut gambar yang telah pengguna like, comment atau comment dari pengguna yang kita follow. Bukan itu sahaja, dengan selalu mengakses explore tab ini, anda boleh mencari gambar2 & video2 contoh yang selalu dipaparkan di explore tab ini.
5. Kerap post
Jika anda mahukan followers sentiasa berminat dengan anda, anda perlu sentiasa post konten2 baru setiap hari. Tetapi ini tak bererti anda perlu muat turun 10 gambar dalam satu hari. Anda cuma perlu post sekali sehari, atau sekali dalam 3 hari. Ini adalah cukup untuk sentiasa menyediakan konten2 untuk followers anda.
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)