Dalam perniagaan atau pemasaran, call to action ialah sebahagian daripada ayat yang digunakan dalam iklan atau content anda untuk menarik target audience atau prospek untuk mengambil tindakan susulan. Bila ayat yang digunakan untuk call-to-action ini power, prospek ibarat terpukau untuk membeli, subscribe atau sign up apa sahaja yang anda iklankan. Bukan ke ini yang kita nakkan bila market? Betul ke betul?

Tapi macam mana caranya nak buat customer tertarik dengan kata-kata kita sampai mereka dengan mengambil tindakan susulan dengan senang hati? Dalam artikel ini admin kongsikan 5 cara atau 5 tips untuk menghasilkan call-to-action yang buat pelanggan terlajak beli atau join. Jom kita tengok.

#1 Gunakan kata kerja yang solid pada permulaan CTA

Penting untuk anda menggunakan perkataan yang jelas menggambarkan apakah tindakan yang anda ingin prospek ambil. Mulakan dengan perkataan yang menunjukkan tindakan ini. Sebagai contoh:

  • Miliki website e-commerce? Gunakan perkataan CTA  seperti, BELI, ORDER ata SHOPPING.
  • Lakukan promosi melalui emel atau fail tertentu? Gunakan CTA dengan perkataan yang tepat seperti DOWNLOAD dan SUBSCRIBE.
  • Ingin prospek meninggalkan soalan kepada anda berkaitan produk atau perkhidmatan? Gunakan perkataan seperti “ISI BORANG INI UNTUK…” atau “KETAHUI BAGAIMANA…”

#2 Gunakan perkataan yang membangkitkan emosi dan semangat

Sekiranya perkataan yang digunakan untuk CTA dapat membangkitkan semangat, orang yang membaca juga akan menjadi semakin bersemangat. Sebagai contoh, CTA seperti “BELI SEKARANG DAN DAPATKAN DISKAUN SEBANYAK 50%!!!” Apa perasaan anda sebagai pembaca? Excited bukan?

#3 Berikan sebab kenapa pelanggan perlu mengambil tindakan susulan tersebut

Adakah apa yang anda tawarkan ini dapat memberikan peluang pekerjaan yang lebih luas? Dapat kurangkan berat badan? Dapat hilangkan stress? Dapat buat duit? Dapat tips yang orang tak pernah dengar di tempat lain? Atau macam-macam lagi, ini semua memberikan ‘nilai’ kepada CTA anda. Sebagai contoh, dengan mengatakan “Hubungi hari ini untuk mendapatkan konsultasi secari PERCUMA!” Anda bukan sahaja dapat membuat pelanggan mengambil tindakan (CTA) yang anda tetapkan, tapi dalam masa yang sama beri mereka sebab kenapa perlu ambil tindakan (PERCUMA).

#4 Gunakan taktik “fear of missing out” (FOMO)

FOMO ialah taktik yang sangat berkesan! Apabila seseorang merasakan yang mereka akan hilang peluang untuk mendapatkan sesuatu, mereka akan mengambil tindakan tanpa banyak berfikir. Salah satu teknik FOMO ialah dengan menyebut PROMOSI atau DISKAUN DALAM MASA TERHAD atau perkataan seperti BELI SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA STOK.

#5 Sebaiknya, masukkan nombor

Ramai orang tertarik dengan nombor seperti harga, diskaun, insentif, promosi atau sebagainya. Ia membantu prospek mengenalpasti sama ada sesuatu itu berbaloi atau tidak dalam masa yang singkat.

Akhir kata…

Inilah antara teknik yang boleh anda gunakan untuk memancing lebih ramai pelanggan dan prospek untuk mengambil tindakan susulan. Adakah anda memiliki idea lain untuk dimasukkan dalam senarai ini? Boleh kongsikan dengan kami untuk dimasukkan dalam artikel supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca lain.

Kami mengharapkan semoga semua pembaca blog iWHost sentiasa maju ke hadapan dan tidak mudah patah semangat walau apa pun cabaran yang mendatang dalam dunia perniagaan. Selamat maju jaya!