Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad.
Definasi Realiti Maya (Virtual Reality)
Istilah realiti maya (Virtual Reality, VR) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989, seorang peneroka dalam bidang ini dan menubuhkan syarikat VPL Research (daripada “Virtual Programming Languages”) yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984.
Terdapat beberapa industri yang mendapat manafaat dari pengunaan teknologi VR antaranya:
Teknologi VR dalam Media dan Hiburan (Permainan, Simulasi Alam Sekitar)
Fungsi dan penggunaan Virtual Reality pertama adalah untuk tujuan media dan hiburan. Bagi penggemar permainan video games, permainan akan menjadi lebih nyata dan akan dapat merasakan sensasi yang berbeza seakan benar-benar hidup, tentunya bergantung pada jenis atau genre permainan yang dimainkan.
Teknologi VR dalam pendidikan
Bagi guru, teknologi VR dapat dijadikan media untuk memudahkan penyampaian isi pembelajaran, serta dapat digunakan sebagai media pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar secara efektif dan pelajar dapat mengeksplorasikan diri dalam sesuatu situasi atau tempat kejadian yang mustahil dalam realiti.
Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi VR harus dipantau kerana Teknologi VR mengakibatkan pelajar menjadi ketagihan dengan menggunakannya secara terus menerus dan melampau sampai tidak mengawal masa penggunaan, rehat, makan dan bekerja. Penggunaan VR secara berlebihan juga dapat merosakkan mata sehingga menjejaskan penglihatan dan simptom cybersickness seperti ketegangan mata, sakit kepala, mudah berasa pening, pucat, berpeluh, kekeringan mulut, kenyang perut, keliru, hilang kesimbangan badan, loya dan muntah (Joseph & LaViola, 2000).
Teknologi VR dalam bidang automotif
Pada tahun 2007, syarikat Proton telah menubuhkan pusat VR sendiri yang digunakan dalam mereka, menyemak dan menyelesaikan masalah, serta memasang. Penubuhan pusat VR ini dapat menyenangkan proses pembuatan kereta serta dapat meningkatkan kualiti kereta dan juga reputasi syarikat dalam negara.
Teknologi VR dalam Perubatan
Bidang penjagaan kesihatan ialah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran. Salah satu kebaikan teknologi VR ini dalam bidang perubatan adalah membenarkan seseorang yang berprofesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat.
Kini, teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik.
Secara kesimpulan, semua orang menerima definisi VR sebagai satu sistem yang menyediakan satu interaksi atau satu penjelajahan sistem persekitaran maya 3D. Persekitaran maya 3D yang dijana oleh komputer membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam masa nyata. Persekitaran maya dapat dirasai dalam tiga keadaan seperti imersif sepenuhnya, augmentation kepada dunia sebenar dan melalui “tetingkap dunia” (Window’s World).
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)