Ini adalah 7 sebab utama untuk membina portfolio di alam maya:

#1  Untuk disaksikan: Mereka yang terlibat dalam industri yang sama ingin melihat hasil kerja yang pernah anda lakukan untuk mendapat inspirasi. Kalau anda tidak mempamerkan kerja yang telah dihasilkan secara terbuka terutama sekali di alam maya, tiada siapa dapat melihat idea yang anda telah fikirkan. Ini juga penting untuk memudahkan anda mendapat pelanggan.

#2 Untuk didengari: Selain memasukkan portfolio di dalam website yang telah dibina, anda juga boleh memasukkan idea atau buah fikiran yang anda miliki berkaitan dengan trend industri melalui penulisan di blog. Ini dapat menunjukkan kepada para pengunjung website bahawa anda adalah seorang individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan kritis.

#3 Menghasilkan sesuatu yang baru: Dengan cara memasukkan idea yang anda ada di dalam website, anda sebenarnya telah melakukan proses pendokumentasian yang membolehkan maklumat dirujuk kembali bila diperlukan oleh bukan sahaja diri sendiri, tapi juga orang lain. Projek atau idea yang anda masukkan di dalam website ini, secara tidak langsung ‘menjemput’ lebih ramai penyumbang idea yang mungkin dapat memberi  pendapat lain berkaitan projek anda.

#4 Melindungi diri: Seperti mana pentingnya untuk anda sentiasa mengemaskini resume / CV, begitu jugalah pentingnya untuk anda memastikan bahawa website portfolio anda sentiasa dimasukkan dengan maklumat terbaru berkaitan dengan pencapaian yang telah dilakukan.

Luangkan beberapa jam dalam sebulan untuk menyusunatur dan menyunting projek yang ingin dimasukkan ke dalam portfolio.

#5 Belajar: Mempelajari sesuatu yang baru boleh jadi agak mencabar disebabkan terlampau banyak info baru yang masuk. Dengan adanya blog, anda mengoptimumkan kuasa anda sebagai pelajar kerana anda boleh mengulangkaji atau membuat refleksi tentang apa yang telah anda pelajari. Apa yang anda masukkan di dalam blog boleh dicari balik tanpa perlu 100% bergantung kepada memori semata-mata.

Tipsnya, hanya luangkan beberapa minit sahaja untuk update blog tentang perkara baru yang anda pelajari untuk menjadikan ia satu info yang mudah dicari balik.

#6 Berkembang dengan cepat dalam industri: Anda dapat berkembang dengan cepat dalam industri  sekiranya anda merupakan seorang pelajar yang aktif dan reflektif. Idea dan juga apa yang anda pelajari adalah sesuatu perkara yang sentiasa bercambah dari masa ke masa, termasuklah pendapat atau rutin kerja anda.

Sekiranya anda mendokumenkan semua ini, anda dapat melihat perkembangan anda sebagai seorang profesional dengan lebih jelas.

#7 Membina kredibiliti: Anda dapat mengukir nama dalam industri dan dikenali ramai. Semakin ramai orang yang tahu atau terbiasa mendengar tentang idea atau melihat hasil kerja anda, semakin bertambahlah orang yang akan mempercayai. Ini secara tidak langsung, membina kredibiliti anda pada mata komuniti.

Siapa yang ada lagi percaya? Seseorang yang berkata “Saya dah buat sesuatu,”  atau “Saya boleh tunjukkan yang saya dah buat sesuatu”? Sesuatu yang dapat ditunjukkan adalah lebih dipercayai bukan?

Kesimpulannya…

Banyakkan kepentingan portfolio online ni? Apa lagi yang anda tunggu-tunggu? Hasilkan website untuk dijadikan sejenis ‘online resume’ anda! Hubungi iWHost untuk lebih maklumat tentang pembinaan website portfolio.