Google Consumer Insight melaporkan bahawa terdapat peningkatan sehingga 900% dalam pencarian dengan keyword “near me tonight/today” dalam jangka masa 2 tahun kebelakangan ini. Pencarian sebegini membuktikan betapa pentingnya Local SEO bagi apa sahaja perniagaan yang memiliki kedai sendiri.

Pengguna  mencari lokasi kedai yang berdekatan untuk memenuhi keinginan atau keperluan mereka dengan secepat yang mungkin. Think With Google mendedahkan, 76% pencarian sebegini membawa kepada kunjungan ke kedai dalam hari yang sama dan 26% pula membawa kepada pembelian.

Ramai peniaga dengan kedai fizikal rasa terancam dengan kehadiran kedai-kedai online, namun statistik ini telah mendedahkan bahawa kedai fizikal masih sangat relevan untuk memenuhi keperluan pengguna.

Secara spesifiknya, ini adalah data yang telah dikeluarkan:

  • 150% peningkatan dalam pencarian mobil “near me now”
  • 200% peningkatan dalam pencarian mobil untuk “Open” + “now” + “near me”
  • Pencarian mobil untuk keyword “same-day shipping” juga telah meningkat sebanyak 120% dari tahun 2015
  • 210% peningkatan dari tahun 2015 – 2016 untuk pencarian “open now”
  • 900% peningkatan pencarian “near me tonight/today”

 

Cara Untuk Menambahbaik Strategi Local SEO

Untuk memuaskan hati pengguna yang ingin memenuhi keinginan mereka dengan segera, ini adalah 4 perkara yang boleh anda fokuskan.

#1 Online Business Listings

Sama ada anda memiliki 1 atau 1000 buah lokasi perniagaan, online business listings adalah elemen paling penting dalam strategi SEO. Dianggarkan terdapat dalam sehingga 10.3 billion usd atau 43.9 billion ringgit jumlah kerugian yang dihadapi bisnes pada setiap tahun kerana masalah yang melibatkan informasi listing seperti kesalahan info, kehilangan info, atau info perniagaan yang tidak lengkap.

Oleh sebab itu, penting untuk sentiasa melakukan semakan dan update setiap listing directory yang wujud di internet. Pastikan juga listing ini aktif dan diupdate dari masa ke masa supaya kekal relevan di Google. Masukkan foto, update info tentang waktu cuti, update post, jawab soalan atau respon kepada review yang diberi pengguna.

#2 Review

Ya, review adalah perkara yang penting untuk memastikan anda memiliki Local SEO yang mantap. Berikan respon kepada maklumbalas atau review yang diterima sama ada kepada review yang positif atau negatif, ini bukan sahaja menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang pandangan pelanggan tapi juga dapat meningkatkan ranking di Google.

#3 Media Sosial

Media sosial adalah platform yang terpenting untuk menyebarkan kewujudan perniagaan anda kepada masyarakat. Jenama yang menggunakan media sosial secara efektif akan menarik perhatian lebih ramai pelanggan. 71% daripada pelanggan yang memiliki pengalaman positif dengan sesebuah jenama melalui media sosial cenderung untuk berkongsi mengenai jenama tersebut dengan orang lain seperti rakan-rakan dan keluarga, senang-senang je dah dapat free marketingkan?

#4 Ranking pencarian tempatan atau local

Gol untuk setiap strategi Local SEO adalah untuk meningkatkan kemampuan bisnes anda untuk terpapar apabila dicari dengan keyword-keyword yang diperkatakan sebelum ini. Sekiranya anda memberi perhatian kepada semua perkara yang diperkatakan di atas, anda akan nampak hasilnya apabila bisnes semakin terserlah di Google. Bila bercakap tentang local ranking, kalau anda masih tidak berada dalam top 3, anda dianggap tidak relevan. Memang susah untuk mencapai ke tahap ini, oleh sebab itu, banyak strategi yang perlu diatur untuk mengalahkan pesaing, kata orang, “kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya.”

Semoga berjaya!