Sekiranya anda terlibat dalam dunia IT, market researcher atau sekadar seorang yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk tahu tentang sesuatu, atau belajar perkara baharu, ini antara trick yang boleh anda aplikasikan. Dalam artikel ini, admin kongsikan 5 cara untuk mengenalpasti teknologi yang digunakan oleh website lain dalam penghasilan website mereka. Semoga artikel ini memberi manfaat.
#1 BuiltWith
BuiltWith adalah sebuah alat yang digunakan untuk melakukan kajian internet online yang agak menakjubkan kerana ia bukan sahaja menyenaraikan teknologi yang digunakan oleh sesebuah website, tapi juga senarai teknologi berkaitan yang lain untuk mendapatkan hasil yang sama berdasarkan statistik trend penggunaan.
Anda juga boleh mendapat tahu sekiranya sebarang pengikalanan digunakan oleh website tersebut. Komponen yang didedahkan cukup meluas.
#2 Wappalyzer
Anda boleh mengetahui apakah teknologi yang digunakan oleh website pesaing dengan bantuan Wappalyzer. Ia akan mendedahkan teknologi berkaitan rangkaian pengiklanan, platform eCommerce, CMS, analytics dan sebagainya dalam kadar segera.
Anda boleh upload sehingga 1,000 website sekaligus untuk tujuan kajian. Yang menariknya lagi, Wappalyzer turut memberi notifikasi kepada nada sekiranya sesebuah website telah melakukan perubahan ke atas teknologi yang digunakan.
Di samping itu, mereka turut datang dengan browser extension untuk Edge, Firefox dan juga Chrome.
#3 Netcraft
Netcraft Site Report boleh dikatakan antara tool yang paling ‘otai’ dalam kalangan technology detector lain yang wujud di pasaran. Sistem ini memberi maklumat kepada pengguna tentang:
- Latar belakang – tajuk, ranking, bahasa, deskripsi
- Rangakaian – Alamat IP, registrar, pemilik network, negara hosting
- Status keselamatan dan sebagainya
- Hosting
- Teknologi website – CMS, CDN, software, RSS, compression dll.
#4 What CMS
WhatCMS tidak memberikan anda semua maklumat teknologi yang digunakan tetapi hanyalah jenis CMS website iaitu sama ada ia menggunakan Joomla, Blogger, WordPress atau sebagainya.
Dah tahu apa teknologi yang mereka gunakan? Kini tiba masanya untuk anda membina website sendiri yang jauh lebih baik daripada pesaing.
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)