Masih mencari idea bagaimana ingin memasarkan perniagaan? Ini antara teknik yang boleh anda gunakan.
#1 Gunakan Referral
Referral ialah cara yang paling efektif dan menjimatkan! Caranya adalah seperti berikut:
– Secara direct, tanya mereka yang pernah menjadi pelanggan anda sekiranya berminat untuk menjadi referral sama ada melalui emel, secara online, bersemuka atau letakkan sahaja di bahagian bawah dalam invois.
– Tanya hanya kepada pelanggan yang dilihat paling menghargai perniagaan anda.
-Permudahkan urusan mereka untuk menjadi perujuk seperti dengan menggunakan skrip atau sebagainya.
– Tawarkan insentif
– Sertai referral atau group professional networking
#2 Influencer
Ramai orang akan lebih mudah terpengaruh untuk membeli bila diiklankan atau dikongsikan info mengenainya daripada seseorang yang dikenali atau dipercayai. Oleh sebab itu, influencer marketing adalah salah satu teknik yang berkesan dan banyak digunakan oleh ramai marketer.
Dalam mencari influencer, seeloknya anda memberi perhatian kepada kualit dan bukannya kuantiti. Kualiti yang dimaksudkan adalah dari segi engagement atau keterlibatan, pastikan influencer tersebut mempunyai keterlibatan yang tinggi dan bukan semata-mata memiliki bilangan pengikut yang ramai.
#3 Bergabung dengan perniagaan lain
Anda boleh bekerjasama dengan perniagaan lain untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada pengguna yang baru. Antara teknik gabungan yang ada adalah dengan mengadakan webinar online ataupun menganjurkan acara bersama-sama. Sebagai partner, anda boleh meletakkan kad perniagaan atau brochur di event-event ini.
#4 Cold Call atau Emel
Anda boleh menghantar emel atau menghubungi mereka yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Tips untuk melakukan col calling atau cold emailing:
– Kajian: Sebelum melakukan teknik ini, lakukan kajian terlebih dahulu untuk mengenali lebih mendalam siapakah target audience anda.
– Sediakan skrip pembuka bicara yang efektif
– Sediakan skrip penuh yang dapat membantu anda menjawab sebarang soalan yang dilontarkan serta untuk berkongsi informasi penting
-Aturkan temujanji: Anda boleh berkongsi kalendar dengan prospek supaya mereka boleh memilih waktu yang paling sesuai bagi mereka untuk temu janji.
Dan beberapa lagi trick lain yang boleh diaplikasikan dalam artikel yang akan datang.
#5 Tawarkan Kupon
Kupon merupakan teknik yang menarik untuk memancing pelanggan baru di samping memanggil pelanggan sedia ada untuk menggunakan perkhidmatan anda lagi atau membeli produk yang diniagakan.
#6 Mulakan podcast
Mulakan podcast, bajet untuk memulakan podcast ni tak adalah besar mana. Anda boleh menjemput usahawan atau pakar dalam sesebuah bidang untuk terlibat dalam podcast anda. Tetamu jemputan ini selalunya akan mempromosikan podcast atau perniagaan anda kepada pengikut mereka juga.
Related posts
Categories
- About Us (4)
- Business (24)
- Design (24)
- Digital Marketing (33)
- Events (4)
- Information (11)
- Internet of Things (11)
- People (9)
- Review (1)
- Social Media Tips (6)
- Tips & Tutorials (40)